Pelawak Nabil Ahmad memberitahu dia juga ada menulis tentang kehidupannya dalam sebuah buku yang bakal dikeluarkan tidak lama lagi.
Nabil, 33, berkata, dia berkongsi tentang amalan dan pengalamannya sebelum bergelar artis sehingga berubah menjadi seorang yang dikenali.
“Saya ada menulis dan berkongsi tentang pengalaman kehidupan saya sebelum bergelar artis sehingga sekarang, bak kata orang from zero to hero la.
“Mereka minta apa yang saya amalkan yang membuatkan orang sekeliling berasa senang dengan saya dan antara yang saya kongsi ialah amalan ibu saya sentiasa bersedekah dengan duit yang dia ada kepada orang yang memerlukan.
“Jika ibu saya ada RM10 ditangan dia akan bagi orang yang bersedekah separuh duit yang dia ada, perkara itu juga saya ikut sehingga sekarang,” ujarnya.
Nabil berkata, dia dihubungi oleh saudara kepada Syamsul Yusof iaitu Anwar Fazal yang berminat untuk menerbitkan buku tentang pengalaman dia bersama beberapa artis lain.
Katanya, kejayaan yang dikecapi ini perlu dikongsi dan menjadi inspirasi kepada anak-anak muda yang lain.
“Buku tersebut bukan tentang saya sahaja tetapi juga ada artis lain yang berkongsi pengalaman mereka. Saya juga belum diberitahu tajuk sebenarnya.
“Tapi saya harap ia dapat membantu dan memberi inspirasi kepada anak-anak muda yang lain,” ujarnya.
Selain itu, mengulas tentang perjalanan kehidupannya sebagai artis, Nabil mengakui ia bagaikan satu keajaiban.
Katanya, dia tidak pernah bermimpi untuk dikenali dan terlibat dalam dalam dunia seni.
“Saya tidak pernah terfikir langsung untuk berada dalam bidang seni, malah saya tidak pernah cari jalan atau belajar di mana-mana kolej tentang seni.
“Ia berlaku secara tiba-tiba dan saya sangat menghargai apa yang sudah tertulis ini. Sehingga kini saya tidak pernah letakkan diri saya sebagai seorang selebriti,” ujarnya.
Dalam pada itu, Nabil berkata, sikap berbuat baik dengan semua orang dan mengelakkan sikap ‘diva’ adalah salah satu prinsip yang dipenggang sehingga kini.
“Saya rasa kejayaan saya bila penganjur yang sama panggil saya beberapa kali, itu bermakna mereka selesa dengan kerja saya,” ujarnya yang kini berada di Los Angeles, Amerika Syarikat bagi menemubual artis Hollywood pada Anugerah Akademi ke 89 siaran HBO Sentral.
Sebelum ini aktor Fattah Amin turut menerbitkan sebuah buku berjudul “99 Kata-Kata #QalifModen Fattah Amin” namun ia dikritik kerana kandungannya dikatakan tidak mendatangkan faedah kepada pembaca.
Sumber: Mstar
Sumber Selepas Fattah Amin, giliran Nabil Ahmad pula terbit buku.. kelakarkan!