Kanser semakin parah, Julie Perez rayu bantuan derma darah A+ segera

kesihatan Julia Perez yang mengalami penyakit kanser serviks dilaporkan semakin parah apabila tersebar berita penyanyi ini mencari penderma darah jenis A+ dengan segera.

Sumber gambar dari tribunnews.com

Beberapa artis pada Khamis turut berkongsi foto berkaitan bantuan yang diperlukan Julia berserta nombor telefon yang perlu dihubungi.

Beberapa jam kemudian Julia memuat naik foto mengucapkan terima kasih kepada orang ramai yang prihatin dengan masalah kesihatannya.

 

Dia juga memberitahu sudah mendapat penderma darah yang sama jenis dengannya.

Foto tersebut turut mendapat komen netizen yang memberi semangat kepada Julia agar terus melawan kanser yang dihadapinya.

Selain itu, terdapat juga khabar angin di media sosial yang mengatakan penyanyi tersebut sudah meninggal dunia.

Perkara itu dinafikan segera oleh pembantunya Diana yang menjelaskan Julia masih bernafas dengan baik.

Sumber: MStar



Sumber Kanser semakin parah, Julie Perez rayu bantuan derma darah A+ segera

Post a Comment

Previous Post Next Post