Pelawak Shuib Sepahtu telah memberikan kejutan istimewa buat isterinya Siti Sarah dengan mengadakan majlis persandingan bersempena dengan sambutan ulangtahun keenam perkahwinan mereka. Pasangan itu bakal bersanding buat pertama kalinya pada 26 Februari ini bertempat di Bora Ombak Marina.
Menurut Shuib, majlis bersanding itu diadakan bagi menghargai segala pengorbanan Siti Sarah yang sering berada disisinya ketika susah dan senang.
Waktu kami kahwin enam tahun lepas, saya tidak cukup wang untuk majlis kenduri dan bersanding. Yang saya mampu buat hanyalah majlis akad nikah. Justeru apabila sudah punya wang sedikit, saya mahu tunaikan janji saya kepada Sarah untuk mengadakan majlis persandingan. Walaupun mungkin agak lewat dan sudah punya tiga anak, tapi ia lebih indah dan sangat bermakna.
Saya tidak kisah dikecam orang kerana ini penghargaan saya buat isteri. Orang tidak tahu keadaan saya waktu mula-mula berkahwin dengan Sarah.
Keikhlasannya menerima saya dalam keadaan saya tidak punya apa-apa kerana baru mula bertapak dalam bidang seni sangat saya hargai.
Dalam pada itu, Siti Sarah mengakui beliau merasa cukup gembira dengan apa yang dilakukan oleh suaminya itu dan menyifatkan beliau adalah wanita paling bertuah di dunia. Tiada apa yang beliau mampu diucapkan selain merasa syukur untuk segala-galanya.
Sumber: Beautifulnara
Sumber Shuib Sepahtu dan Siti Sarah bakal bersanding lepas enam tahun