Wanita Indonesia yang ditahan atas kes pembunuhan Kim Jong-nam mendakwa dia diberi imbuhan AS$90 (RM400) untuk melakukan satu gurauan dalam pertunjukan televisyen.
Siti Aisyah, 25, menyuarakan demikian kepada Timbalan Duta Indonesia, Andreano Erwin yang menemuinya di Kuala Lumpur, hari ini.
“Gadis itu hanya memberitahu secara umum bahawa dia diarahkan seseorang untuk melakukan perbuatan kelakar di televisyen. Katanya, individu yang ditemui itu kelihatan seperti rakyat Jepun atau Korea.
“Menurut Aisyah, dia diberikan upah RM400 oleh individu terbabit dan dia hanya diberikan sejenis minyak untuk tujuan itu, sesuatu yang kelihatan seperti minyak bayi,” katanya.
Andreano juga memberitahu, Aisyah tidak menunjukkan sebarang tanda fizikal akibat bahan kimia terbabit.
Beliau menambah, masih terlalu awal untuk menyebut hukuman bakal dikenakan ke atas wanita itu. – BBC NEWS
Sumber: Bharian
Sumber Siti Aisyah dibayar RM400 untuk bunuh Kim Jong-Nam