Pelajar, Lalitha Sudeshna tuntut pensyarah Universiti Malaya Prof. Dr. Norlidah mohon maaf kerana racist

I demand for an apology from her for the damage she had done to my reputation. If no action is taken from your side, I will not hesitate to bring this matter to the media. –

Pelajar, Lalitha Sudeshna tuntut pensyarah Universiti Malaya Prof. Dr. Norlidah mohon maaf kerana racist

Pelajar, Lalitha Sudeshna tuntut pensyarah Universiti Malaya Prof. Dr. Norlidah mohon maaf kerana racist

1. Dalam isu ini , rakyat Malaysia terlalu cepat untuk membuat kesimpulan hanya berdasarkan kepada satu Facebook Posting sahaja. Kita belum lagi mengetahui keseluruhan cerita yang sebenar dan sudah membuat konklusi awal terhadap isu ini. Namun begitu , pihak pengurusan Universiti Malaya juga terlalu lambat untuk memberi sebarang maklum balas terhadap isu ini walaupun isu ini telah menjadi viral di sosial media sejak 21 Februari 2017. Oleh itu , rakyat tidak boleh lagi dipersalahkan untuk tidak mendengar penjelasan daripada satu lagi pihak mengenai keseluruhan cerita ini apabila satu lagi pihak tidak tampil ke hadapan untuk menjelaskannya.

2. Sebenarnya dalam isu ini pelajar yang terlibat seharusnya meminta penjelasan dan permohonan maaf daripada Prof Norlidah secara bersemuka dan tertutup terlebih dahulu sebelum membuat sebarang posting dan ancaman di sosial media yang berbunyi ” I demand for an apology from her for the damage she had done to my reputation. If no action is taken from your side, I will not hesitate to bring this matter to the media ” . Pelajar yang berkaitan juga sepatutnya membuat laporan kepada pihak pengurusan dan pentadbiran Universiti Malaya terlebih dahulu.

MUST READ  Sexual Desire Or Friendship? – Malaysian Beautiful Teacher Cheaply Seduced Best Friend’s Italian Boyfriend With Naked Live On Facebook Messenger!

3. Jangan hanya kerana satu kes sebegini maka keseluruhan nama Universiti Malaya tercalar. Ini hanyalah kes individu dan secara kebetulannya pensyarah ini datangnya dari Universiti Malaya. Janganlah hanya kerana nila setitik maka rosak susu sebelangga ! Hal ini disebabkan , pelajar ini juga akan menjadi bakal guru dan pengajar satu hari nanti. Pembawaan budaya baharu untuk terus menyerang seseorang pengajar semakin bermaharajelala pada zaman ini. Sepatutnya budaya menggunakan medan dan mekanisme yang sepatutnya menjadi tunjang dalam zaman pengajaran dan pembelajaran pada zaman ini.

How would the WAWASAN 2020 be fulfilled if we have educators like this in ’Malaysia’s Top Public University’?  “It is a shame that such lecturer/former student hail from “Malaysia’s Top Public University”. – Lalitha Sudeshna 

4. Untuk menjadi Malaysia Top Public University bukanlah hanya berdasarkan kepada kualiti yang ada pada pengajar sahaja. Kita juga perlu melihat dan nilai secara holistik dimana para pelajar juga seharusnya menunjukkan budaya , sikap dan mentaliti yang World Class dan Top ! Keadaan ini juga melambangkan tepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi.

5. Berapa ramai dalam kalangan kita ada membuat kajian terhadap latar belakang Prof. Dr. Norlidah ? Siapakah sebenarnya Prof Dr. Norlidah ?

Dr. Norlidah actively researches and publishes in the areas of Pedagogical Module based on technology and learning styles, homeschooling, collaborative mobile learning and Gerontology. Dr. Norlidah is especially known for her Pedagogical module based on technology and learning styles which has reframed current ways of teaching abstract Science Concepts by matching learning styles with technology. Her homeschooling research is the first of its kind in Malaysia.

Her works are published in top tier Malaysian and International journals including Journal of Educational Tehnology and Society (ETS), Eurasian Journal Mathematics, Science and Educational Technology (EJMSET), Educational Technology Research & Development (ETR&D) and The Turkish Online Journal of Educational Technology (TOJET). She has also published books on Pedagogical Module based on Technology and Learning Styles, Pendidikan Alternatif Homeschooling, Design and Developmental Research: An Emergent Trend in Educational Research and Kurikulum: Satu Disiplin yang Dinamik.

MUST READ  “BOMB’ Jokes Land Engineer In Trouble At Kota Kinabalu Airport

Dr. Norlidah has received recognition for her teaching and research including awards such as University of Malaya’s Excellent Service Award 2014, Univerity of Malaya Excellent Service Certificate 2013 and honorarium for finishing her Ph.D in less than three years. She has also won the Gold Medal Award 2010 at the International Invention, Innovation and Technology Exhibition (ITEX) held in Malaysia. She is the Vice Presdent of the Persatuan Kurikulum Malaysia (PerKum).

She has wide experience in teaching and training in the area of Curriculum and educational technology. She also serves as Editor of Malaysian Online Journal of Educational Technology (MOJET) and Jurnal Kurikulum dan Pengajaran Asia Pasifik (JuKu) (2013-2015). She is a International Board Member of TOJET and a reviewer for ETS. She is currently involved in various trans-disciplinary national and international collaborative research projects including a high impact longitudinal research (MELOR) and Knowledge Transfer Programme with FELDA Science Learning Centre and Teacher Training Institution. She also has an International Post Doctoral Research Fellow attached under her project.

6. Keadaan ini menunjukkan Prof. Dr. Norlidah sememangnya memiliki pengalaman , kualiti dan kebolehan untuk mengajar di sebuah Top Public Universiti. Isu ini tidak seharusnya dikaitkan dengan isu kualiti dan kebolehan tetapi lebih kepada kewajaran dan sikap Prof. Dr. Norlidah yang tidak sewajarnya dan seharusnya menggunakan perkataan yang berbentuk perkauman.

7. Sekirannya Prof. Dr. Norlidah berkata ”  Saya tak suka India duduk bersama-sama kerana dalam semangat 1 Malaysia bangsa lain seharusnya duduk dengan bangsa yang berlainan atau  Rinishah dan Lalitha saya tidak suka kamu berdua duduk bersama – sama kerana kebarangkalian untuk meniru adalah tinggi ” maka isu ini tidak akan sesekali menjadi begitu hangat.

8. Selain itu , Prof. Dr. Norlidah juga tidak wajar untuk mengeluarkan kenyataan berbunyi “Jangan bawa budaya UNITAR ke sini “. Walaupun Universiti Malaya merupakan antara Universiti yang terbaik di negara Malaysia tetapi jangan sampai ada sikap keangkuhan dan kesombongan untuk memandang rendah pada institusi pendidikan lain di negara kita. Kita seharusnya ada semangat untuk bersama – sama membangunkan keseluruhan ekosistem sistem dan institusi pendidikan di negara kita.

MUST READ  CHATIME CRISIS: Taiwanese Franchisor Terminates Malaysian Master Franchisee, Takes Over Local Business

9. Isu ini juga seharusnya membuka mata kita untuk berfikiran luas dan jangan sesekali sempit. Jangan hanya kerana isu ini maka kita terus menggambarkan keseluruhan perpaduan di negara kita adalah tidak utuh. Adakah kita melihat maklum balas dan komentar rakyat pelbagai bangsa di negara kita terhadap isu ini ? Ramai rakyat Malaysia berbangsa Melayu turut bangkit menyerang Prof. Dr. Norlidah dan tidak bersetuju dengan kenyataan beliau. Ramai juga rakyat Malaysia berbangsa India yang bangkit untuk meminta supaya kita mendengar terlebih dahulu daripada satu lagi pihak untuk mengetahui keseluruhan cerita ini sebelum membuat sebarang konklusi. Keadaan ini menunjukkan kekuatan perpaduan kita yang sebenar. Hanya melalui ujian , cabaran dan dugaan perpaduan kita akan dapat menilai sejauh manakah kekuatan perpaduan kita .

10. The Coverage berpendapat pihak pentadbiran dan pengurusan Universiti Malaya seharusnya cepat untuk bertindak dalam menyelesaikan isu ini. Kita juga berharap  Prof. Dr. Norlidah tidak akan diberhentikan kerja tetapi pada masa yang sama amaran awal seharusnya diberikan kepadanya sekirannya isu ini terbukti benar. Kita tidak mahu mewujudkan satu budaya apabila satu posting di sosial media akan menyebabkan seorang tenaga pengajar yang berkualiti diberhentikan kerja dan pada masa yang sama juga tidak mahu tenaga pengajar yang bersifat perkauman dilepaskan begitu sahaja tanpa sebarang hukuman dan seterusnya mewujudkan budaya kekebalan dan immuniti kesalahan kepada keseluruhan tenaga pengajar.

Penulis sebenarnya berasa amat sedih dan pasrah isu ini terjadi di sebuah Universiti dimana saya sendiri memiliki banyak kenangan manis sebagai seorang bekas pelajar Akademi Pengajian Melayu di Universiti Malaya. Universiti inilah yang mewujudkan , membentuk dan melahirkan saya di persada kerjaya saya kini ! 

Shen Yee Aun

Founder , CEO

Sumber: The Coverage Malaysia

 

 



Sumber Pelajar, Lalitha Sudeshna tuntut pensyarah Universiti Malaya Prof. Dr. Norlidah mohon maaf kerana racist

Post a Comment

Previous Post Next Post