Tak menjadi masalah untuk terima suami orang sebagai jodoh. Kahwin dengan orang bujang pun bukan jaminan kebahagian – Izreen Azminda

Selepas lebih dua tahun menjalani kehidupan sebagai ibu tunggal, pelakon Izreen Azminda kini mengakui sedang mengenali seorang lelaki dan menyatakan kesediaan untuk kembali bergelar isteri.

Tak menjadi masalah untuk terima suami orang sebagai jodoh. Kahwin dengan orang bujang pun bukan jaminan kebahagian - Izreen Azminda

Tak menjadi masalah untuk terima suami orang sebagai jodoh. Kahwin dengan orang bujang pun bukan jaminan kebahagian – Izreen Azminda

Jelas Izreen, 32, dia dan lelaki berkenaan sudah saling mengenali antara satu sama lain sejak setahun yang lalu.

“Sekarang memang saya tengah berkenalan dengan seseorang, namun selagi belum ada apa-apa kata putus, saya tak akan membuka mulut mengenainya.

“Saya tak mahu dipanggil wanita syok sendiri yang sibuk bercerita nak kahwin, tapi akhirnya tak jadi,” katanya kepada mStar Online pada Rabu.

Aktres berkenaan ditemui pada majlis pelancaran produk kecantikan Meeracle Gemstone di mana dia dilantik sebagai duta selama setahun.

Izreen kini terbuka untuk menerima kehadiran lelaki dalam hidupnya.

Izreen pernah berkahwin dengan jurukamera, Muhamad Riza Baharudin pada 2012 dan rumah tangga mereka berakhir pada 2014.

Hasil daripada perkahwinan itu, mereka dikurniakan anak lelaki bernama Muhammad Adrian Umar yang kini berusia 4 tahun.

Memilih untuk berteka-teki mengenai lelaki yang berjaya menyentuh hatinya itu, Izreen atau nama sebenarnya Izreen Azminda Aznam menjelaskan bahawa jejaka berkenaan bukan dikalangan penggiat industri hiburan.

“Sekarang bukanlah masanya untuk saya uar-uarkan siapa sebenarnya dia. Tapi yang pasti dia bukan pelakon atau penyanyi…dia hanya orang biasa yang ada kerjaya.

“Saya perlukan lelaki yang berikan saya inspirasi dan ada beberapa perkara yang dilakukannya membuatkan saya teruja untuk mengenalinya lebih dekat,” katanya sambil menegaskan lelaki berkenaan masih bujang.

Tambah Izreen, jika ditakdirkan berkahwin lagi, dia tidak meletakkan harapan yang tinggi dalam perkahwinan keduanya itu nanti.

“Untuk kali ini jika ditakdirkan saya berkahwin dengan sesiapa sahaja pun, saya pasrah.

“Perkahwinan adalah gamble, tak ada pun tak apa. Saya tak letakkan harapan agar perkahwinan kedua ini perlu bahagia selamanya. Saya pasrah dengan takdir. Tak perlu fikir terlalu mendalam,” katanya.

Namun ketika diajukan soalan sama ada dia turut terbuka untuk didekati oleh lelaki berstatus suami orang, Izreen berkata dia tidak menolak jika itu adalah takdir jodohnya.

“Saya tak tolak jodoh saya dengan sesiapa pun, kalau dia mampu jaga saya okay lah.

“Tak menjadi masalah untuk terima suami orang sebagai jodoh. Kahwin dengan orang bujang pun bukan jaminan kebahagian,” katanya.

Sumber: Mstar



Sumber Tak menjadi masalah untuk terima suami orang sebagai jodoh. Kahwin dengan orang bujang pun bukan jaminan kebahagian – Izreen Azminda

Post a Comment

Previous Post Next Post