“Tidak tepati syariat dan memanipulasi Islam” – Mufti Wilayah Persekutuan mahu perkhidmatan Valet Doa dihentikan

“Batalkan Valet Doa.” Demikian saranan Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri mengenai perkhidmatan kiriman doa di Masjidil Haram Makkah yang tular di Facebook (FB).

"Tidak tepati syariat dan memanipulasi Islam" - Mufti Wilayah Persekutuan mahu perkhidmatan Valet Doa dihentikan

“Tidak tepati syariat dan memanipulasi Islam” – Mufti Wilayah Persekutuan mahu perkhidmatan Valet Doa dihentikan

“Kami sarankan anjuran dan perniagaan seperti ini hendaklah DIBATALKAN agar Islam dilihat sebagai agama yang benar-benar mengikut neraca syariatnya dan terhindar daripada fitnah dan eksploitasi ibadah.

“Semoga Allah SWT mengampunkan dosa kita semua dan menjadikan kita golongan yang benar-benar mengikut syariat-Nya, Amin,” katanya dalam satu kenyataan.

Dr Zulkifli berkata, Valet Doa sama sekali tidak menepati Islam yang sebenar dan tidak mengikut syariat kerana tiada dalam sejarah dan juga adab dalam kalangan salafussoleh iaitu ulama soleh terdahulu yang berbuat demikian.

 

“Penamaan pakej seperti Pakej Raja Salman dan Pakej VIP adalah sangat tidak berakhlak dan mengelirukan. Ia jelas menunjukkan sifat komersialnya dan manipulasi doa,” katanya.

Dr Zulkifli berkata, antara perkara yang menimbulkan keraguan termasuk jaminan 100 peratus pemakbulan doa.

“Berhubung ‘servis doa’, barang yang diniagakan dan diupahkan adalah kemakbulan doa sedangkan makbul atau tidaknya doa itu adalah hak Allah secara mutlak.

“Ianya bersifat tidak jelas kerana kemakbulan adalah mutlak bergantung kepada-Nya. Ia tetap tidak boleh dilakukan sekalipun ada jaminan wang dikembalikan,” katanya.

Menurut catatan di laman FB Valet_Doa itu, ia mempromosikan servis untuk hajat-hajat dibacakan terus di Masjidil Haram Makkah.

Pengendali yang memperkenal dirinya sebagai Nasrin Harin, 40, atau Haji Arin dan tinggal di Shah Alam, Selangor mendakwa, perniagaan ini adalah pertama di dunia, cepat dan menjimatkan kos.

Dia menawarkan tujuh pakej yang berharga antara RM500 hingga RM7000 tetapi kononnya memberikan tawaran istimewa bagi 333 individu terawal.

Sumber: Metro



Sumber “Tidak tepati syariat dan memanipulasi Islam” – Mufti Wilayah Persekutuan mahu perkhidmatan Valet Doa dihentikan

Post a Comment

Previous Post Next Post