“Kalau betul dia jodoh saya, saya aminkan saja” – Jep Sepahtu sedia terima Sari Yanti sebagai isteri

Pelawak, Jep, 32, bersedia menerima Sari Yanti sebagai teman hidup andai wanita itulah yang ditakdirkan sebagai jodohnya.

"Kalau betul dia jodoh saya, saya aminkan saja" - Jep Sepahtu sedia terima Sari Yanti sebagai isteri

“Kalau betul dia jodoh saya, saya aminkan saja” – Jep Sepahtu sedia terima Sari Yanti sebagai isteri

Begitupun, kata anggota kumpulan Sepahtu itu, beliau dan aktres berkenaan buat waktu ini lebih selesa meletakkan hubungan mesra antara mereka sebagai teman baik.

“Buat masa ini, apa yang boleh saya katakan kami selesa bersama. Begitupun untuk mengatakan kami sering berjumpa tidak boleh juga. Masing-masing bekerja seperti biasa, namun begitu kami kerap juga berbalas mesej menerusi WhatsApp.

“Apa yang penting, buat masa ini kami tiada sebarang komitmen. Cuma setakat ini, semuanya adalah menyenangkan dan tidak ada yang memeningkan kepala.

“Dalam berkawan, saya mengharapkan sesuatu yang baik. Kalau betul dia (Sari Yanti) jodoh saya, tentunya saya mampu mengaminkan saja,” katanya kepada BH Online ketika ditemui di Hulu Klang, baru-baru ini.

Jep atau nama sebenarnya Mohd Nadzri Zainal Abidin turut berkata, beliau tidak mempunyai masalah andai jodoh dirinya sampai cepat atau lambat.

“Meskipun begitu, saya tetap berharap dapat mengakhiri zaman bujang sebelum ibu bapa saya menutup mata.

“Biarpun keluarga tidak bertegas dalam soal perkahwinan, namun ibu ada berkata, dirinya teringin untuk melihat saya mendirikan rumah tangga ketika hayatnya masih ada,” katanya.

Bercerita soal kerjaya, Jep kini dapat disaksikan menerusi program bual bicara Meja Bulat selepas rancangan lawak, Sepahtu Reunion Live, berakhir Jumaat lalu.

Beliau dan teman sekumpulannya juga kini dalam perancangan menerbitkan filem komedi mereka sendiri.

Sumber: Bharian



Sumber “Kalau betul dia jodoh saya, saya aminkan saja” – Jep Sepahtu sedia terima Sari Yanti sebagai isteri

Post a Comment

Previous Post Next Post