Timbalan Pesuruhjaya Polis (Rohini), M.N Tiwari berkata, kejadian itu berlaku ketika ibu pasangan kembar tersebut baru sahaja meninggalkan rumah mereka untuk mendapatkan sabun basuh dengan membiarkan pintu terbuka.

Katanya, pasangan kembar itu kemudian dikejarkan ke hospital berhampiran selepas dijumpai, namun, disahkan meninggal dunia di sana.

“Kejadian ini diklasifikasikan sebagai kes kemalangan setakat ini,” kata Tiwari yang memberitahu, mayat kedua-dua mangsa kini sedang dibedah siasat. -DPA