Pelancaran Aidijuma X Hijabista – Largest Fans with Scarf berjaya mencatatkan rekod Malaysia Books of Record.
Timbalan Pengurus Malaysia Book of Record, Mohamad Alex Edward berkata, jumlah yang diperlukan untuk mencatatkan rekod tersebut berjaya dicapai.
“Alhamdulillah, rekod berjaya dicapai untuk kategori Largest Fans with Scarf dengan jumlah yang diperlukan.
“Selain itu, saya mewakili pihak Malaysia Books of Record ingin mengiktiraf Color Addiction Sdn Bhd ataupun Aidijuma termasuk dalam kategori ‘The Largest Scarf Tutorial Event’, rekod ini dicapai apabila semua peminat yang datang membuat tutorial tudung,” katanya ketika Majlis Perasmian Pelancaran dan ‘Aktiviti Largest Fans With Scarf’ bertempat di Kumpulan Media Karangkraf, hari ini.
Majlis ini melibatkan wanita-wanita memakai koleksi Aidijuma Scarf dari tahun 2012 hingga 2017 di mana percubaan ini adalah untuk mencatat rekod di Malaysia Book of Record dengan menzahirkan perhimpunan terbesar peminat tudung tegar jenama tersebut.
Majlis tersebut dilancarkan Timbalan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Mas Ermieyati Samsudin.
Sementara itu, pengasas yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Aidijuma Scarf, Norjuma Habib Mohamed sempat memberikan perhargaannya kepada mereka yang terlibat.
“Terima kasih kepada pihak-pihak terlibat seperti Kumpulan Media Karangkraf kerana sudi bekerjasama dengan kami sekali lagi dan juga kepada Malaysia World Book of Record atas bantuan yang diberikan.
“Kami bermatlamat untuk mengumpulkan sebanyak mungkin peminat Aidijuma dan tudung bawal jadi terima kasih juga kepada para hadirin yang hadir, ini membuktikan bahawa wanita berhijab boleh bekerjasama dalam satu keadaan serta mengeratkan hubungan antara satu sama lain,” katanya ketika ucapan perasmian majlis tersebut.
Sumber Pelancaran Aidijuma X Hijabista – Largest Fans with Scarf catat rekod Malaysia Books of Record