Apa lagi yang akan naik lepas minyak masak, bahan api dan gula?

“Selepas minyak masak, bahan api dan gula, apa lagi yang bakal dinaikkan harga oleh kerajaan?” demikian soal Ketua Penerangan Pas, Nasruddin Hassan ketika mengulas tindakan kerajaan menaikkan harga gula sebanyak 11 sen 1 Mac lalu.

Apa lagi yang akan naik lepas minyak masak, bahan api dan gula?

Apa lagi yang akan naik lepas minyak masak, bahan api dan gula?

Mengkritik tindakan tersebut, Nasruddin dalam masa sama turut menyatakan langkah kerajaan yang membebankan rakyat ini akan menerima pembalasan daripada ALLAH kelak.

 

“Jika diteliti dengan lebih mendalam, kesan berantai daripada kenaikan harga gula kepada rakyat lebih meruncing. Kos sara hidup yang tinggi dan kenaikan inflasi yang mendadak adalah bahana yang sedang ditanggung rakyat dan semakin berganda dari sehari ke sehari.

“Selepas minyak masak, bahan api dan kini gula, apa lagi yang akan dinaikkan oleh pihak kerajaan? Berilah apa pun alasan tetapi tunggulah hari pembalasan kelak!” katanya dalam kenyataan hari ini.

Pada satu sisi yang lain pula, ujarnya lagi, sifat kerajaan yang mementingkan diri dan hanya tahu mengaut keuntungan maksima dalam orientasi pemikiran kapitalisme telah menyebabkan keuntungan sosial diketepikan.

“Apatah lagi barangan dan perkhidmatan yang disediakan berkait dengan keperluan asas rakyat.

“Rakyat akhirnya menjadi mangsa orientasi pemikiran ini,” bidasnya.

Dalam masa sama, kata Nasruddin lagi, peningkatan harga gula mentah dunia ditambah lagi penyusutan nilai mata wang ringgit juga akan memberi impak kepada kos mengimport gula.

“Kesan rantaian ini turut memberi implikasi terhadap kos pengeluaran gula di pasaran domestik.

“Purata mengimport gula adalah RM4.40 berbanding RM4.10 pada tahun sebelumnya,” jelasnya lagi.

Sumber: Sinar



Sumber Apa lagi yang akan naik lepas minyak masak, bahan api dan gula?

Post a Comment

Previous Post Next Post