Bapa gantung anak di atas sungai kerana tak siapkan kerja sekolah

Mendidik anak supaya mereka sentiasa menyiapkan kerja sekolah ketika di rumah mungkin memberi cabaran besar kepada ibu bapa.

Bapa gantung anak di atas sungai kerana tak siapkan kerja sekolah

Bapa gantung anak di atas sungai kerana tak siapkan kerja sekolah

Seorang bapa di barat China mungkin sudah habis ikhtiar bagi memastikan anaknya menyiapkan kerja sekolah dan mengulang kaji pelajaran di rumah.

Lelaki berasal dari Meishan di wilayah Sichuan itu dirakamkan menggantung anaknya beberapa sentimeter di atas sungai sebagai denda kerana tidak membuat kerja sekolah.

Video yang disiarkan baru-baru ini menunjukkan kanak-kanak itu diikat pada tali dan diturunkan ke sungai dari tebing.

Kanak-kanak berusia tujuh tahun itu kelihatan ketakutan dan merayu bapanya supaya berhenti.

 

Bagaimanapun, lelaki itu menggantung anaknya di atas permukaan air dan memarahinya kerana tidak menyiapkan kerja matematik.

Lelaki itu juga menyoal beberapa soalan matematik kepada anaknya yang masih tergantung.

Lebih 10 penduduk berada di tepi sungai berkenaan dan melihat lelaki itu mendenda anaknya.

Video itu yang tersebar di media sosial di China mencetuskan perdebatan dalam kalangan pengguna Internet dengan ada yang menyokong dan mengutuk tindakan lelaki berkenaan.

“Saya pasti budak lelaki itu akan menjadi pelajar yang rajin dan sering menyiapkan kerja sekolah,” kata seorang pengguna.

Namun, seorang pengguna pula bimbang kanak-kanak itu mungkin trauma, sekali gus mengganggu proses pembelajarannya.

Sumber: Metro



Sumber Bapa gantung anak di atas sungai kerana tak siapkan kerja sekolah

Post a Comment

Previous Post Next Post