“Belum kerja kan? Dah mengandung? Aihh… Duduk rumah bela anak je la jawabnya”

“Belajar degree, bidang Biomedical, tapi habis belajar terus kahwin. Sekarang ni, mengandung dah. Kerja tak dapat lagi. Duduk rumah goyang kaki minta duit suami je la.”

“Belum kerja kan? Dah mengandung? Aihh… Duduk rumah bela anak je la jawabnya”

“Belum kerja kan? Dah mengandung? Aihh… Duduk rumah bela anak je la jawabnya”

“Belajar tinggi, tapi takde apa benda pun dapat akhirnya. Org lain seusia tu, dh dapat beli kereta dengan duit sendiri. Nak sangat kahwin awal, ni la jadi nya. Tak boleh pakai langsung.”

“Belum kerja kan? Dah mengandung? Aihh… Duduk rumah bela anak je la jawabnya.”

“Sorang keje mana cukup sekarang ni. Duduk berdua, tahan lagi. Nanti yang dlm perut tu dah keluar, nak bg makan apa? Ehm, bersedia la bergaduh laki bini tiap2 hari sebab tak cukup duit.”

Jujurnya, ni antara yang saya terima apabila saya disahkan mengandung hujung tahun lepas. Akhirnya, saya mengalami depresi pada awal kandungan. Saya hanya pendam. Air mata menjadi teman.

Kemudian, ramai shbt2 perempuan seusia, yang lebih usia dan juga lebih muda meminta saya carikan calon. Nak kahwin, tetapi belum ada rezeki. Berpendidikan tinggi, sudah bekerja, tapi belum menemui orang yang sesuai untuk dijadikn pasangan.

Tidak kurang yang meminta tips mengandung kerana sudah berkahwin kurang setahun atau lebih setahun, tapi belum direzekikan anak. Ada yang berkongsi rasa kerana orang lain asyik bertanya bila nak ada ‘isi’.

Ramai juga yang sudah ada calon. Tapi mcm2 halangan nak kahwin. Asyik tertunda. Kerana keluarga lah, duit lah, pasangan masih tak bersedia, tak sanggup PJJ, syarat belajar atau bekerja dan sebagai nya.

Akhirnya, perlahan hati saya dipanjatkan syukur. Rasa malu kerana setiap orang mempunyai ujian masing2. Orang yang mengata saya itu juga bukanlah bahagia 100%. Tetap ada masalah.

Tak perlu nak banding2 kan diri dengn sesiapa. Dan jangan sesekali banding kan org lain dengan org yg lebih berjaya di mata kita. Tak tahu betapa dalam hati dirobek, berapa banyak air mata yang mengalir.

Jika tidak mahu membantu, jangan menambahkan masalah. Tak perlu nak huraikan kelemahan orang, duduk diam dan selesaikan masalah sendiri. Kita bukan parasit.

Sumber: Izzati Liyana



Sumber “Belum kerja kan? Dah mengandung? Aihh… Duduk rumah bela anak je la jawabnya”

Post a Comment

Previous Post Next Post