Cuba samun dan rogol, 2 lelaki dibelasah atlet karate wanita Sabah sampai koma

Itu makan dia.. Kejadian ni berlaku di Sabah2 lelaki dilaporkan koma selepas gagal dalam percubaan merogol seorang perempuan. Wanita ini juga dikatakan bekas Karate Sabah. Korang tengok la sendiri foto lelaki yang kena belasah dengan wanita bernama Alice Lien Hua ni, memang lunyai habis.

Cuba samun dan rogol, 2 lelaki dibelasah atlet karate wanita Sabah sampai koma

Cuba samun dan rogol, 2 lelaki dibelasah atlet karate wanita Sabah sampai koma

Tindakan berani Alice mendapat pujian orang ramai.

Bertindak untuk melawan

Kejadian ini berlaku pada 4 Mac 2017, jam 11.40pm di mana Alice tekad melawan 2 lelaki yang bersenjatakan pisau, dipercayai hendak meragut dan merogolnya. Alice sebelum itu di dalam penjalanan pulang ke rumahnya memandu seorang diri dari rumah saudaranya di Penampang.

Sebaik tiba sahaja di jalan Putatan (Kota Kinabalu) berdekatan Sungai Petagas, mangsa memberhentikan kenderaanya di tepi jalan kerana dia dapat merasakan dia diekori 2 individu yang menunggang sebuah motor sejak dari Bandar Putatan.

Selepas itu Alice berhenti di tempat kejadian, bertujuan untuk memberi laluan kepada 2 individu tersebut. Namun ternyata 2 individu itu berhenti di hadapan kenderaannya dan terus menyuruh membuka cermin kereta. Dari itu, terjadinya pergelutan sehingga 2 lelaki itu koma di tempat kejadian.

Ada beberapa orang awam dan kenderaan berhenti serta memberitahu mereka bahawa dia selamat cuma terkena satu tumbukan yang tak berapa kuat di bahagian atas kening nya. Selepas kejadian itu, Alice terus hubungi rakannya yang bertugas sebagai Criminal Investigation Department, kawasan Inanam.

Identiti 2 lelaki tu punyai dokumen yang tak sah

 

Post terbaru di Facebook Alice Lien Hua

Menurut Alice, dia langsung tidak merasa takut bila 2 lelaki tersebut memaksa membuka cermin, malah Alice terus keluar dari keretanya dan bertanya apa mereka mahu. Lalu seorang daripada mereka mempunyai pisau disebelah tangannya dan meminta duit. Alice kata ‘tiada’ dan lelaki itu terus menarik tangan Alice. Alice seolah-olah dibawa ke arah semak yang gelap. Manakala lagi seorang masuk kedalam kereta Alice untuk mengambil beg nya.

Seteleh anggota CID sampai ke tempat kejadian, mereka mengesahkan identiti suspek itu ialah pendatang asing dan tidak punyai dokumen identiti yang sah. Ada juga mengatakan bahawa 2 lelaki tu penagig dadah di kawasan Patagas, Kota Kinabalu.

Dua suspek yang masih dalam keadaan koma pada waktu itu dibawa ke KPJ. Manakala Alice dibawa ke pejabat polis kota kinabalu bagi membuat laporan penuh.

Sumber: Facebook Kelab Info Malaysia

Via: Oh Bulan



Sumber Cuba samun dan rogol, 2 lelaki dibelasah atlet karate wanita Sabah sampai koma

Post a Comment

Previous Post Next Post