Doktor Malaysia antara yang terlibat merawat wajah gadis Kemboja yang hancur akibat dijangkiti bakteria

Seorang gadis Kemboja,Suth Ret, 18, yang menderita kerana mukanya hancur sebelah selepas dijangkiti bakteria kini kembali beransur sihat.

Doktor Malaysia antara yang terlibat merawat wajah gadis Kemboja yang hancur akibat dijangkiti bakteria

Doktor Malaysia antara yang terlibat merawat wajah gadis Kemboja yang hancur akibat dijangkiti bakteria

Memetik laporan Mirror, sekumpulan doktor pakar dari Jerman, Kemboja, dan Malaysia berusaha membantu membaiki muka Suth.

“Suth telah sedar daripada pembedahan,” petik jurucakap berkenaan.

 

Terdahulu seorang  ekspatriat, Yulia Khouri dari Kanada yang tinggal di kampung yang sama dengan Suth membawanya ke hospital selepas melihat wajah Suth di media sosial.

 

“Apabila saya melihat dia, tidak ada lagi yang boleh saya lakukan untuk membantunya, dia sendiri tidak tahu sejauh mana kerosakan pada wajahnya,” ujar Yulia.

Suth kini stabil, dan penduduk tempatan berusaha mengumpulkan wang untuk membantunya menjalani kos rawatan pemulihan yang panjang.

Jangkitan pada wajah Suth bermula apabila dia mengikuti prosuder kecil untuk mengubati giginya yang rosak, namun dek kerana prosuder itu, tanpa dia sedari, bakteri Nekrosis Fascitis yang awalnya berada di bahagian tengkorak mula berpindah ke aliran darahnya sebelum menyerang wajahnya.

Bakteri itu memakan daging muka Suth, meninggalkan luka yang mengerikan. Remaja itu tidak mampu makan dan berat badannya turun drastik hanya dalam beberapa hari.

Sumber: Sinar



Sumber Doktor Malaysia antara yang terlibat merawat wajah gadis Kemboja yang hancur akibat dijangkiti bakteria

Post a Comment

Previous Post Next Post