Ismi Aisyah, Polis wanita Indonesia yang cun melecun!

“Saya hanya mahu berkongsi bersama masyarakat mengenai tugas polis supaya mereka juga tahu apa yang dilakukan oleh pihak berkuasa itu,” kata polis wanita Indonesia yang tiba-tiba menjadi tumpuan, Ismi Aisyah, 23.

Ismi Aisyah

Ismi Aisyah

Dia menjadi terkenal selepas foto memaparkan dia bertugas di Taman Pandawa, Kota Bandung, Indonesia selepas berlaku serangan bom dipercayai oleh pengganas di daerah itu, Isnin lalu, tular di laman sosial.

Sehingga kini, 222 ribu orang mengikutinya di Instagram berbanding hanya 40,000 sebelum fotonya itu tular dan kisahnya terpapar di media cetak dan elektronik di Indonesia.

Menurut Ismi Aisyah yang juga Setiausaha Peribadi Ketua Polis Daerah Jawa Barat, Jabar Anton Charliyan, dia tugaskan ke lokasi kejadian di daerah itu , Isnin lalu termasuk mengambil foto dan mengawal keselamatan orang ramai.

“Saya tidak menyangka ia viral (tular) di laman sosial. Saya juga ditugaskan untuk menguruskan laman sosial ketua polis termasuk aktivitinya dan memuat naik foto berkenaan di laman sosial Jabar Anton Charliyan,” katanya ketika dihubungi Harian Metro di Indonesia.

Anak kelahiran Cirebon, Jawa Barat itu berkata, ia bertujuan berkongsi kepada masyarakat mengenai tugas yang dilakukan polis termasuk kejadian membabitkan serangan bom dan sebagainya.

“Mungkin disebabkan tugas dan rutin harian saya yang pada setiap masa perlu bersama ketua polis membuatkan saya kini menjadi tumpuan tetapi tidak salahkan jika foto saya tular…

“Selama hampir dua tahun memegang jawatan itu banyak pengalaman yang saya dapat ,” ujarnya yang juga anak bongsu daripada empat beradik.

Katanya, dia mengimpikan untuk menjadi polis sejak usianya kanak-kanak lagi.

“Keluarga sentiasa menyokong cita-cita saya itu dan kini mereka sentiasa mengingatkan supaya saya sentiasa merendah diri dan tidak sombong.

“Saya juga tidak pernah takut untuk mencuba sesuatu dan kini memegang jawatan sebagai setiausaha kepada ketua polis, sikap bertanggungjawab perlu diutamakan,” katanya.

Katanya, dia harap menjadi manusia lebih berjaya dan lebih bertanggungjawab terutama dalam setiap bidang yang diceburinya.

Ismi Aisyah juga kerap memuat naik foto dan video berhubung aktiviti hariannya di laman Instagram miliknya menggunakan nama ismiaisyah20.

 

Sumber: Harian Metro



Sumber Ismi Aisyah, Polis wanita Indonesia yang cun melecun!

Post a Comment

Previous Post Next Post