Kenaikan harga gula beri impak positif kepada rakyat, sudah tiba masanya rakyat Malaysia kurangkan gula dalam makanan – Pensyarah UPM

Masanya sudah tiba buat masyarakat di negara ini mengambil serius saranan Kementerian Kesihatan mengurangkan pengambilan gula dalam makanan dan minuman seharian.

Kenaikan harga gula beri impak positif kepada rakyat, sudah tiba masanya rakyat Malaysia kurangkan gula dalam makanan - Pensyarah UPM

Kenaikan harga gula beri impak positif kepada rakyat, sudah tiba masanya rakyat Malaysia kurangkan gula dalam makanan – Pensyarah UPM

Pensyarah Jabatan Sains Makanan, Fakulti Sains dan Teknologi Makanan, Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Dr Azizah Abdul Hamid berkata, pengambilan gula secara berlebihan sememangnya tidak digalakkan kerana mengundang pelbagai penyakit.

“Kementerian Kesihatan sendiri telah lama menjalankan kempen kesedaran kepada masyarakat.

 

“Kini sudah tiba masanya orang ramai mengambil berat saranan tersebut demi kesihatan tubuh badan dan kualiti kehidupan lebih baik.

“Kenaikan harga gula ini memberi impak positif kepada masyarakat khasnya untuk mengambil berat kesihatan tubuh badan dengan mengawal pengambilan gula,” katanya kepada Sinar Harian.

Menurutnya, pengambilan gula berlebihan boleh mengundang toksik dalam badan, lalu menyebabkan ketagihan gula.

“Ketagihan gula ini memainkan peranan kepada otak dan ini memberi kesan tidak baik kepada tubuh badan, seterusnya mengundang penyakit seperti kencing manis,” katanya.

Azizah berkata, tubuh badan tidak memerlukan gula tambahan kerana makanan yang diambil juga mengandungi gula.

“Misalnya nasi yang kita makan apabila dicernakan akan menjadi gula. Itu sudah mencukupi untuk tubuh badan kita,” katanya.

Justeru, beliau menggalakkan orang ramai mengurangkan pengambilan gula, sama ada di dalam makanan atau minuman.

“Bagi memastikan kesihatan tubuh badan terhindar daripada penyakit, orang ramai perlu dididik untuk mengawal pengambilan gula.

“Sebagai ibu bapa, kita juga boleh memainkan peranan mendidik anak-anak mengurangkan pengambilan gula,” katanya.

Kelmarin, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) mengesahkan harga gula dinaikkan daripada RM2.84 kepada RM2.95 sekilogram.

Kenaikan itu ekoran peningkatan ketara harga gula mentah dunia yang diimport Malaysia.

Sumber: Sinar



Sumber Kenaikan harga gula beri impak positif kepada rakyat, sudah tiba masanya rakyat Malaysia kurangkan gula dalam makanan – Pensyarah UPM

Post a Comment

Previous Post Next Post