Tidak mahu terpalit dengan gosip cinta, pelakon Mira Filzah menjelaskan bahawa dia kini mengambil langkah berhati hati ketika bergambar dengan artis lelaki dan berhati hati untuk memuatnaik gambar di laman sosial.
“Alhamdulillah, sekarang nama saya sudah bersih dengan gosip-gosip cinta, saya juga ambil langkah berhati-hati dan mengawal laman sosial seperti Instagram. Saya elak untuk bergambar dengan artis lelaki yang boleh mengaitkan saya dengan sebarang gosip bercinta”
“Saya masih single dan biasanya orang kaitkan nama saya dengan pelakon lelaki yang saya bergandingan dalam drama. Nasib baik juga drama terbaru saya ini digandingan dengan Aliff Aziz yang sudah berkahwin,” katanya kepada mStar Online.
Selain itu, Mira Filzah juga mahu fokus kepada kerjaya berbanding jodoh. Hadir dalam industri seni tanpa terpalit sebarang kontroversi bukanlah sesuatu yang mudah dan harpanya Mira Filzah mampu mengukir nama dengan lebih jauh tanpa gosip gosip cinta lagi. (rtky/s)
Sumber: Rotikaya
Sumber Mira Filzah elak bergambar dengan artis lelaki, tak mahu terpalit gosip cinta