Kontroversi bekas teman lelaki bakal isteri, Hans Isaac dapatkan khidmat guaman

Awal pagi tadi kami ada menyiarkan artikel mengenai tunang Datuk Hans Isaac tampil mengemukakan saman terhadap bekas kekasihnya berikutan kenyataan yg mampu menjatuhkan reputasi dan maruah Hans dan Gabriel.

Kontroversi bekas teman lelaki bakal isteri, Hans Isaac dapatkan khidmat guaman

Kontroversi bekas teman lelaki bakal isteri, Hans Isaac dapatkan khidmat guaman

Justeru menerusi aplikasi Whatsapp Hans menjelaskan dengan panjang lebar berkenaan isu tersebut;

“Pertama sekali, saya ingin berterima kasih kepada anda semua kerana sudi memahami situasi yang amat dikesali ini.

“Merujuk kepada perkara yang sedang kami hadapi, saya ingin menjelaskan beberapa perkara yang berkaitan dengan perhubungan dan pertunangan saya dengan Gabriella. Perkara ini amat sukar untuk ditelan kerana kami amat teruja untuk berkongsi kegembiraan tentang pertunangan kami dengan pihak media dan para peminat.

“Walaupun begitu, izinkan saya menjelaskan situasi yang keruh ini :

“Perhubungan di antara lelaki tersebut dengan Gabriella di masa lalu langsung tidak ada kena-mengena dengan perhubungan saya dan Gabriella sekarang. Kita semua ada sejarah hidup masing-masing yang telah membentuk diri kita hari ini. Saya mengenali dan menerima diri Gabby sepenuhnya sejak perhubungan kami mulai intim. Sebelum ini, saya dan Gabby berkawan selama bertahun-tahun sebelum saya melamarnya pada 29 Januari 2017 di Singapura.

“Saya sedar akan kewujudan lelaki yang dikaitkan dengan Gabby itu beberapa bulan sebelum kami mulai intim, selepas mereka memutuskan perhubungan. Saya dan Gabby amat terbuka dan menerima sejarah silam masing-masing dan kami bersetuju untuk menghormati setiap keputusan yang kami lakukan sebelum kami menjadi teman hidup masing-masing.

“Tidak ada sebab untuk saya mengambil sebarang tindakan undang-undang sekarang. Namun saya ada mendapatkan khidmat nasihat guaman.

“Setahu saya, pihak guaman Gabby telah menghantar surat untuk memohon agar pihak lelaki tersebut meminta maaf dan menurunkan kesemua paparan, komen dan gambar peribadi yang melibatkan sejarah silam Gabby di media sosial. Bagi saya, apa yang lelaki tersebut lakukan di Facebook amat memalukan dan bersifat kebudak-budakan dan bukan hanya mencerminkan kecelaan dirinya sendiri malah mempamerkan sifat yang tak patut dicontohi.

“Akhir sekali, saya dan Gabby tidak sabar untuk bergelar suami isteri pada 29 Julai 2017. Kami amat gembira dan bertuah kerana akan dikelilingi keluarga, rakan-rakan dan semua yang disayangi dalam meraikan perkahwinan kami.

“Sekali lagi, saya memohon maaf di atas perkara yang tidak dijangka ini. Jarang sekali saya membuat kenyataan media yang berkaitan dengan kehidupan peribada saya tapi kali ini saya terpaksa demi kesejahteraan semua pihak. Terima kasih sekali lagi di atas sokongan dan doa anda semua. Kita jumpa pada 29 Julai 2017,” jelasnya.

Sumber: Media Hiburan



Sumber Kontroversi bekas teman lelaki bakal isteri, Hans Isaac dapatkan khidmat guaman

Post a Comment

Previous Post Next Post