Mael XPDC ditemui rebah tidak sedarkan diri di rumahnya

VOKALIS kumpulan XPDC, Mael atau nama sebenarnya Syed Ismail Syed Ibrahim ditemui rebah tidak sedarkan diri di rumahnya, lapor Utusan Online, hari ini.

Mael XPDC ditemui rebah tidak sedarkan diri di rumahnya

Mael XPDC ditemui rebah tidak sedarkan diri di rumahnya

Menurut sumber yang mahu dikenali sebagai Mad Rox, penyanyi itu dikejarkan ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar, Johor dan kini berada di wad kecemasan sementara menanti rawatan selanjutnya.

“Saya mendapat panggilan dari hospital kira-kira pukul 11.40 pagi tadi memberitahu bahawa Mael telah dibawa ke hospital menggunakan ambulans.

“Difahamkan, Mael rebah ketika berada di rumahnya kerana keadaannya begitu lemah selepas tidak makan disebabkan sakit gout yang dihidapinya.

Menurutnya lagi, buat masa ini, anaknya, Syed Israfil telah dimaklumkan keadaan yang menimpa ayahnya dan dalam perjalanan dari Kuala Lumpur menuju ke Muar.

Mengulas lanjut, katanya lagi, vokalis itu tidak menghidapi sebarang penyakit serius selain gout.

Sumber: Sinar



Sumber Mael XPDC ditemui rebah tidak sedarkan diri di rumahnya

Post a Comment

Previous Post Next Post