Minta jagakan beg, bila buka ada bayi dalamnya

Bayi lelaki diberi nama Mohd Adib Rizqi yang ditinggalkan seorang wanita di dalam sebuah beg pakaian di sebuah gerai tepi jalan di Jalan Durian, Taman Kota Masai di sini, ibarat hadiah tahun baru bagi pasangan suami isteri berusia 20-an.

Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Johor Bahru, Manayi Ibrahim berkata, perasaan sayang itu timbul selepas pasangan suami isteri yang juga peniaga di gerai berkenaan mengambil keputusan mendapatkan hak sebagai anak angkat.

Malah katanya, tempoh tiga bulan memberi penjagaan kepada bayi berkenaan bermula hujung tahun lalu membuahkan rasa kasih sayang kepada bayi lelaki yang mula dijaga pada 31 Disember tahun lalu.

“Ketika itu, pasangan suami isteri berkenaan didatangi wanita yang tidak dikenal pasti keturunannya mahu pun usia meminta mereka untuk menjaga beg pakaian dan meminta wang RM50 untuk pulang ke rumah.

“Dengan rela hati, peniaga berkenaan memberikan wang berkenaan, malah apabila diminta nombor telefon dan alamat, wanita itu gagal memberi maklumat berkenaan kerana menyatakan terlupa,” katanya yang mengimbau penemuan bayi itu, semalam.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

 

Sumber: Harian Metro



Sumber Minta jagakan beg, bila buka ada bayi dalamnya

Post a Comment

Previous Post Next Post