Mitos: Betulkah campur makanan laut dan darat boleh menyebabkan penyakit?

Edisi Mitos: Campur makanan laut dan darat boleh menyebabkan penyakit?

Soalan: Betul ke tak boleh campur makanan laut dan darat sekali? Macam makan ikan dan ayam dalam satu hidangan.

Mitos: Betulkah campur makanan laut dan darat boleh menyebabkan penyakit?

Mitos: Betulkah campur makanan laut dan darat boleh menyebabkan penyakit?

Penerangan:
Cerita ini selalu kedengaran di alam Melayu, dimana ada yang mengatakan Nabi pernah bersabda bahawa jgn mencampurkan makanan laut dan darat sekali. Perbuatan itu boleh menyebabkan penyakit pada orang yg mengamalkannya. Bukan itu sahaja, banyak lagi kenyataan yang disandarkan kepada Nabi sebagai contoh:
* jangan makan SUSU bersama DAGING
* jangan makan DAGING bersama IKAN
* jangan makan IKAN bersama SUSU
* jangan makan AYAM bersama SUSU
* jangan makan IKAN bersama TELUR
* jangan makan IKAN bersama DAUN SALAD
* jangan makan SUSU bersama CUKA
* jangan makan BUAH bersama SUSU contohnya koktel

Kenyataan2 ini telah mendatangkan kekeliruan dalam masyarakat dan apabila disemak balik, tiada pun hadith-hadith yang menceritakan larangan tersebut.

Mgkn sebab tu aku tgk ada seorang Tok sheikh arab aritu sedap je melantak kambing dgn udang satu pinggan.

Adapun agama yang melarang untuk mencampurkan kedua2 jenis makanan tersebut adalah agama yahudi. Tak caya korang boleh google. Ini mungkin merupakan salah satu jarum halus yahudi supaya umat islam tunduk patuh kepada arahan mereka(sarcasm)

Mengenai penjelasan saintifik pula, tiada lagi kajian yang telah membuktikan bahawa memakan makanan laut berserta dgn makanan darat boleh menyebabkan penyakit pada seseorg.

Lupa pula. Aritu saya ada terbaca di internet mengenai penjelasan keburukkan mencampurkan makanan laut dan darat. Ia menyatakan pada makanan darat mempunyai banyak cas positive manakala makanan laut pula mempunyai banyak cas negative. Ini menyebabkan reaksi biokimia berlaku dan ianya merosakkan usus dan perut.

Jika kita lihat pada sains yg benar, sesuatu unsur menjadi tidak stabil jika kita terlebih ataupun terkurang cas pada unsur tersebut. Ini akan membuatkan unsur tersebut boleh mempunyai reaksi kimia dgn benda2 lain. Tetapi jika kita telah mencampurkan sebagai contoh makanan tadi yang mempunyai cas negative(makanan laut) dan cas positive(makanan darat), maka ia akan menyebabkan unsur tersebut menjadi neutral dan takkan ada reaksi kimia yang akan berlaku selepas itu. Nampak sgt penjelasan itu hanya dibuat2 untuk menyesatkan umat di dalam mempercayai sains palsu.

-Doktor Paracetamol-

Sumber: Pseudoscience Watch



Sumber Mitos: Betulkah campur makanan laut dan darat boleh menyebabkan penyakit?

Post a Comment

Previous Post Next Post