Post viral coklat Eyeglass with Candy tak halal tidak benar – Jakim

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menafikan dakwaan bahawa coklat ‘Eyeglass with Candy’ mengandungi bahan tidak halal.

Post viral coklat Eyeglass with Candy tak halal tidak benar - Jakim

Post viral coklat Eyeglass with Candy tak halal tidak benar – Jakim

Dalam satu kenyataan pada Isnin, Jakim berkata salah faham ini berlaku apabila pengguna tidak membaca label dengan teliti menyebabkan maklumat tidak benar disebarkan di media sosial.

Pengguna Facebook Syahrizan Abd Rahman telah memuat naik gambar-gambar coklat yang diterimanya sebagai buah tangan ketika menghadiri kenduri perkahwinan.

Beliau kemudian mendakwa terkejut selepas memeriksa label coklat apabila mendapati ia mempunyai bahan-bahan ‘dari produk babi’.

 

Jakim menjelaskan bahawa coklat Eyeglass With Candy keluaran Goodfood Industries Sdn Bhd merupakan pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia yang masih sah sehingga kini.

“Perlu diketahui, proses pengeluaran Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) mengambil kira setiap ramuan dan proses yang berkaitan di dalam pengeluaran sesuatu produk dengan teliti oleh pakar syariah dan juga teknologi makanan.

“Justeru, jadilah pengguna yang bijak sebelum menyebar dan berkongsi sesuatu isu halal yang tular dengan merujuk pihak berwibawa agar tidak terjebak ke dalam dosa fitnah sesama ummah,” katanya.

Jakim turut menggesa pengguna yang mahu mengetahui status halal produk melayari direktori halal di www.halal.gov.my atau di aplikasi telefon pintar MyJakim.

Sumber: Mstar



Sumber Post viral coklat Eyeglass with Candy tak halal tidak benar – Jakim

Post a Comment

Previous Post Next Post