“Saya jadi malu pula” – Anak Saleem Iklim tidak berniat mahu tarik perhatian

“Saya jadi malu pula sebab bimbang orang kata saya sengaja mencari populariti sedangkan sebelum ini ramai yang menyanyi menggunakan Smule,” kata Nursyafiq Farhain A M Salim, anak kepada penyanyi Saleem yang menjadi bualan netizen selepas video aplikasi Smule dia menyanyikan lagu Mimpi Yang Pulang menjadi tular.

“Saya jadi malu pula" - Anak Saleem Iklim tidak berniat mahu tarik perhatian

“Saya jadi malu pula” – Anak Saleem Iklim tidak berniat mahu tarik perhatian

Nursyafiq Farhain, 23, berkata, dia mahu orang ramai tahu bahawa tujuan dia membuat video Smule itu hanya kerana suka menyanyi dan tiada niat untuk mencuri perhatian.

Anggota bomba dan penyelamat di Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tebrau itu berkata, dia tidak menyangka nyanyiannya menjadi tarikan netizen sejak beberapa hari lalu.

 

“Saya menyanyi sekadar mengisi masa lapang tetapi tidak tahu pula mendapat perhatian orang ramai, itu pun selepas dimaklumkan oleh rakan.

“Saya tiada niat pun nak suruh orang tularkan video nyanyian saya itu sebab ia dilakukan kerana saya memang suka menyanyi,” kata anak keempat daripada lima beradik itu.

Nursyafiq berkata, walaupun dilahirkan dalam keluarga berdarah seni, namun tidak terdetik di hatinya untuk menceburi bidang nyanyian secara serius seperti bapanya.

“Saya tak fikir pun nak masuk mana-mana rancangan realiti nyanyian sebab saya menyanyi sekadar suka-suka. Memang tak terfikir nak jadi penyanyi macam ayah,” katanya.

Dia berkata, dia bagaimanapun menyertai sebuah kumpulan muzik terdiri daripada anggota bomba dan penyelamat dikenali Fire Fingers JDT sebagai penyanyi utama dan sering membuat persembahan ketika majlis rasmi jabatan berkenaan.

Sumber: Metro



Sumber “Saya jadi malu pula” – Anak Saleem Iklim tidak berniat mahu tarik perhatian

Post a Comment

Previous Post Next Post