“Saya Putus Cinta Bukan Kerana Elfira Loy” – Sufian Suhaimi

Penyanyi Sufian Suhaimi menafikan tuduhan netizen di laman sosial bahawa dia lupa daratan dan curang terhadap kekasihnya apabila mula mendekati pelakon Elfira Loy.

 
"Saya Putus Cinta Bukan Kerana Elfira Loy" - Sufian Suhaimi

“Saya Putus Cinta Bukan Kerana Elfira Loy” – Sufian Suhaimi

Sufian, 25, berkata, kebanyakan pengikut laman sosial tidak mengetahui perkara sebenar bahawa hubungan dia dengan seorang wanita yang dikenali sebagai Izyan itu sudah berakhir sejak beberapa bulan lalu.

“Ramai yang marah dengan saya kerana mereka baru jumpa gambar-gambar lama saya dengan bekas kekasih saya dan membuat kesimpulan sendiri.

“Sebenarnya saya sudah putus dan wanita dalam gambar itu ialah bekas kekasih saya, namun saya tidak rasa ada keperluan untuk saya jelaskan perkara sebenar kerana ia adalah hal peribadi,” ujarnya kepada mStar Online.

Wanita yang didakwa kekasih Sufian Suhaimi.

Sufian dihubungi bagi menjelaskan dakwaan segelintir pengikut laman sosial yang menganggap dia sudah berubah sikap selepas popular.

Netizen turut menyebarkan foto-foto dia bersama bekas teman wanitanya dengan mengaitkan nama pelakon Elfira Loy sebagai punca hubungan tersebut putus.

“Ia bukan sebab Elfira dan saya kasihan juga kerana Elfira turut terkena tempias dengan hal ini. Dia (Elfira) ada bertanya saya dan sedih bila dituduh begitu oleh netizen.

“Tapi bila saya jelaskan perkara sebenar, dia faham dan tidak melayan perkara berkenaan,” ujarnya.

Sementara itu, ditanya tentang komen penyanyi lagu Terakhir ini di sebuah foto yang dimuat naik Elfira baru-baru ini berbaur seperti sebuah lamaran, Sufian berkata dia hanya bergurau.

Tambahnya, hubungan dia dengan aktres berkenaan masih lagi pada fasa berkawan.

“Itu bukan lamaran, itu hanya gurauan dan saya hanya melawak sahaja. Dia pun faham dengan perangai saya suka melawak di laman sosial,” ujarnya.

Sumber: Mstar


Sumber “Saya Putus Cinta Bukan Kerana Elfira Loy” – Sufian Suhaimi

Post a Comment

Previous Post Next Post