Pernah hadir dengan beberapa klip video di zaman kegemilangannya bergelar penyanyi, Mizz Nina menjelaskan kepad mStar Online bahawa perkara tersebut adalah kisah silamnya yang tidak boleh dilupakan.
“Ya, masih ramai yang ulang tonton video dan lagu-lagu lama yang saya nyanyikan dahulu di internet laman sosial seperti Twitter dan YouTube. Saya tidak boleh menghalang mereka untuk berhenti menonton”
“Apa yang saya boleh lakukan ialah berfikiran positif tentang perkara itu. Lagi pula saya tidak pernah menyesal dengan kehidupan yang lalu,” katanya kepada mStar Online.
Malah Mizz Nina juga mengundurkan diri daripada dunia hiburan selepas berhijrah dan turut aktif berdakwah. Tambahnya,
dia turut mula belajar al-Quran pada usia 30 tahun.
“Tiada istilah terlambat dalam mengenal Allah dan Islam, saya sendiri akui belajar Alif, Ba, Ta pada usia 30 tahun dan Alhamdulilah kini semakin baik. Apa yang penting jangan malu untuk belajar dan tidak perlu ada rasa sudah terlambat untuk memulakan itu semua,” katanya. (rtky/s)
Sumber: Rotikaya
Sumber “Saya tak boleh halang mereka untuk berhenti menonton” – Mizz Nina fikir positif klip-klip video lamanya masih lagi ditayang