“Sepatutnya rakyat Malaysia ucap terima kasih kepada saya kerana harga gula tak membebankan” – Menteri

Rakyat Malaysia sepatutnya bersyukur dengan kenaikan harga gula yang tidak begitu membebankan, kata Datuk Seri Hamzah Zainuddin.

"Sepatutnya rakyat Malaysia ucap terima kasih kepada saya kerana harga gula tak membebankan" - Menteri

“Sepatutnya rakyat Malaysia ucap terima kasih kepada saya kerana harga gula tak membebankan” – Menteri

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan berkata walaupun gula mentah semuanya diimport, tetapi harga di pasaran tempatan masih rendah berbanding Thailand ― negara yang menjadi salah satu sumber utama gula bertapis bagi Malaysia.

“Sepatutnya rakyat Malaysia ucap terima kasih kepada saya daripada menyalahkan saya.

“Kita import lebih daripada 50 peratus daripada Thailand namun harga jualan kita lebih rendah berbanding Thailand, iaitu RM3.20 (sekilogram).

“Maknanya Malaysia ini merupakan satu negara yang kerajaannya benar-benar mengambil kira semua perkara dan mempertimbangkannya,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen  hari ini.

Kerajaan pada 2 Mac lalu mengumumkan harga baru gula pasir putih bertapis kasar meningkat daripada RM2.84 sekilogram kepada RM2.95 sekilogram, berkuat kuasa 1 Mac.                 

Sumber: Malay Mail



Sumber “Sepatutnya rakyat Malaysia ucap terima kasih kepada saya kerana harga gula tak membebankan” – Menteri

Post a Comment

Previous Post Next Post