Siapa Lelaki Yang Cium Dahi Raja Salman Ni?

Satu foto yang memaparkan seorang lelaki Malaysia mencium dahi raja Arab Saudi, Raja Salman menjadi viral di media sosial seterusnya mencetuskan pertanyaan siapakah lelaki yang dilihat begitu akrab dengan raja itu.

Siapa Lelaki Yang Cium Dahi Raja Salman Ni?

Siapa Lelaki Yang Cium Dahi Raja Salman Ni?

Pertanyaan itu akhirnya terjawab apabila portal arab, Al-Arabiya menjelaskan lelaki tersebut adalah Sheikh Hussain Yee, seorang sarjana dari Malaysia yang memeluk Islam dari agama Budha pada usia 18 tahun.

Lapor Al-Arabiya lagi, Sheikh Yee mempunyai sejarah yang panjang dengan Arab Saudi kerana beliau merupakan mahasiswa Universiti Madinah yang menuntut bahasa Arab dan Islam di Universiti berkenaan

Sheikh Yee juga merupakan presiden dan pengasas organisasi Al-Khaadem di Malaysia.

Selain itu, beliau juga merupakan penasihat bagi PERKIM yang memfokuskan untuk membimbing para mualaf.

Malah, Sheikh Yee juga pernah menjadi pengarah Da’wah for the Islamic Center di Hong Kong dari 1984 ke 1985.

Selain media Arab, media Indonesia juga turut melaporkan tentang foto yang viral itu.

Di portal Al-Arabiya, artikel mengenai foto Sheikh Yee itu menjadi berita yang paling popular dalam 24 jam.

SumberAl-Arabiya

 

Via: SK



Sumber Siapa Lelaki Yang Cium Dahi Raja Salman Ni?

Post a Comment

Previous Post Next Post