“Tak Nampak Hubungan Kami Ke Arah Perkahwinan” – Emma Maembong

Aktres Emma Maembong memberitahu dia belum mempunyai apa-apa perancangan untuk menamatkan zaman solonya dengan pelakon Kamal Adli.

"Tak Nampak Hubungan Kami Ke Arah Perkahwinan" - Emma Maembong

“Tak Nampak Hubungan Kami Ke Arah Perkahwinan” – Emma Maembong

Emma, 25, berkata, aktor tersebut juga tidak pernah membuka mulut untuk berbincang tentang hasrat untuk mengakhiri hubungan istimewa itu dengan ikatan perkahwinan.

“Sebenarnya susah untuk saya berkongsi tentang perkahwinan kerana saya tidak nampak hubungan kami sekarang ke arah itu (perkahwinan).

Sepatutnya kalau kami benar-benar ingin kahwin dialah (Kamal) yang kena fikir, tapi dia sendiri tidak pernah pun bercakap fasal kahwin, dia mahu saya fokus kepada kerjaya dahulu,” ujarnya kepada mStar Online.

 

Kamal belum bincang soal kahwin

Pemilik nama sebenar Fatimah Rohani Ismail ini berkata, apa-apa pun yang akan terjadi dalam hubungannya pada masa akan datang adalah ketentuhan Allah.

“Sejak saya masuk dalam industri setiap tahun akan cerita saya hendak kahwin tapi sampai sekarang tidak kahwin-kahwin juga.

“Orang pun mungkin muak untuk dengar, saya sedar mungkin kerana saya terlalu terbuka untuk berkongsi kisah cinta sehingga membuatkan orang mahu kami berkahwin.

Tapi jodoh bukan di tangan kita entah-entah saya berkawan sahaja dengan Kamal tapi kahwin dengan orang lain pula nanti.

“Ibu bapa saya sendiri sudah ada 11 orang anak pun berpisah kerana sudah tiada jodoh, kami sebagai anak terima ketentuan itu dan tidak mencari salah siapa,” ujarnya.

Dalam pada itu, ditanya tentang status hubungan tersebut secara terperinci, Emma berkata, Kamal merupakan seorang kawan lelaki paling rapat dengannya.

“Dia bukan lelaki istimewa dalam hidup saya kerana lelaki istimewa adalah bapa saya. Jika dia menjadi suami saya barulah boleh dipanggil lelaki istimewa.

“Buat masa ini dia adalah kawan lelaki yang paling rapat dengan saya,” ujarnya.

Sumber: Mstar



Sumber “Tak Nampak Hubungan Kami Ke Arah Perkahwinan” – Emma Maembong

Post a Comment

Previous Post Next Post