Tiada lagi persefahaman, Zarina Anjoulie sahkan sudah bercerai Disember lalu

Pelakon kontroversi Zarina Anjoulie, 31, mengakui sudah berpisah dengan suaminya yang juga warga Brunei, Pengiran Mohd Ilham Syazwan, 26 pada 18 Disember lalu.

Tiada lagi persefahaman, Zarina Anjoulie sahkan sudah bercerai Disember lalu

Tiada lagi persefahaman, Zarina Anjoulie sahkan sudah bercerai Disember lalu

Zarina yang kini menetap di tanah air pernah memuat naik status di Instagram, ‘Keep calm, I’m a single mom. I’ve got this’, seolah-olah sudah bergelar ibu tunggal pada tahun lalu.

 

Bagaimanapun, pelakon filem Amir & Lokman Pergi Ke Laut ini mendiamkan diri dan tidak menjawab panggilan dan mesej daripada media.

Zarina berkata, mereka tidak dapat mengekalkan persefahaman dan akhirnya bersetuju untuk bercerai secara baik.

 

“Selepas mengenalinya selama empat bulan, bekas suami datang berjumpa saya dan kami buat keputusan untuk berkahwin.

“Bagaimanapun kebahagiaan hanya dikecapi selama setahun lima bulan saja dan selepas itu rumah tangga kami mula bergolak,” katanya.

Pasangan ini berkenalan menerusi Instagram sejak November 2014 dan seterusnya mengambil keputusan untuk mendirikan rumah tangga pada 8 Februari 2015.

Mereka dikurniakan seorang anak lelaki bernama Awangku Gabriel Martin Ezra yang kini berusia enam bulan yang dijaga oleh Zarina.

“Faktor penceraian saya disebabkan usia bekas suami yang terlalu muda ketika berkahwin. Selepas mendapat anak, keretakan rumah tangga kami sukar dibendung dan perceraian adalah jalan terbaik buat kami.

“Saya sebenarnya mengharapkan yang terbaik daripada perkahwinan ini tetapi apakan daya jodoh saya tak kekal lama,” katanya mula berhijab selepas berkahwin dan menetap di Brunei.

Bagaimanapun, Zarina tidak serik dengan pengalaman yang dilalui dan berhasrat untuk berkahwin lagi sekiranya bertemu jodoh.

“Saya sukakan institusi perkahwinan kerana dapat mengelakkan kita dari melakukan dosa. Saya kasihankan anak saya yang membesar tanpa bapa di sisinya.

“Sebagai wanita yang pernah berkahwin, tentunya saya perlukan kehadiran seorang lelaki bergelar suami untuk berkongsi hidup,” katanya yang kini menguruskan perniagaan produk penjagaan kesihatan jenamanya sendiri.

Sumber: Metro



Sumber Tiada lagi persefahaman, Zarina Anjoulie sahkan sudah bercerai Disember lalu

Post a Comment

Previous Post Next Post