Wanita terjun dari Jambatan Banting mati lemas

Seorang wanita 50-an mati lemas selepas dipercayai terjun dari Jambatan Banting ke Sungai Langat petang tadi.

Wanita terjun dari Jambatan Banting

Wanita terjun dari Jambatan Banting

Tindakan itu menyebabkan kesesakan lalu lintas berlaku dari arah Klang ke Banting apabila orang awam bertindak memberhentikan kenderaan melihat operasi dan menyelamat oleh pihak bomba.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Azizan Tukiman ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan memaklumkan mangsa dalam lingkungan umur 50-an meninggalkan beg pakaian di atas jambatan bersama kad pengenalan sebelum terjun ke dalam sungai.

Katanya, punca kejadian masih dalam siasatan.

Sumber: Sinar Harian



Sumber Wanita terjun dari Jambatan Banting mati lemas

Post a Comment

Previous Post Next Post