Sudah pasti ramai di antara anda mengalami situasi dimana anda tersalah hantar email kepada sesiapa lebih-lebih lagi majikan atau client. Situasi yang agak janggal ini sebenarnya dapat dihindari jika anda tahu caranya.
Tidak ramai yang tahu tentang ciri ‘Undo Send’, sejenis fungsi yang telah diperkenalkan Google pada 2015 yang lalu. ‘Undo Send‘ ini merupakan ciri yang melambatkan penghantaran email anda beberapa saat selepas menekan ‘send‘. Jadi anda akan ada masa untuk memadam email yang tersalah hantar tu.
Ikuti langkah di bawah;
1. Pergi ke Setting
2. Tekan tab ‘General‘. Kemudian tekan pada ‘Enable Undo Send’ dan pilihlah berapa tempoh yang anda berikan sebelum email dihantar. Paling lama 30 saat. Selepas 30 saat memang tepuk dahi jelah.
Selepas anda membenarkan ciri ‘Undo Send’ ini, anda akan diberi notifikasi “Your message has been sent” dan pilihan ‘Undo’ atau ‘View’ setiap kali anda menghantar email.
Selamat mencuba
Sumber Cara Nak Tarik Balik Emel Yang Tersalah Hantar Kalau Guna Gmail