Seorang lelaki masuk ke dalam kubur yang digalinya sendiri pada 23 Mac lalu selepas diberitahu dia akan mati pada hari itu.
Kejadian di Guang’an itu bermula selepas Xiang Chaojie, 72, yang sudah sekian lama menderita kanser kerongkong mengambil keputusan menemui tukang tilik untuk menilik mengenai kematiannya tahun lalu.
Lelaki warga emas itu kemudian mengambil keputusan membina kuburnya dan masuk ke dalamnya pada tarikh yang dinyatakan tukang tilik itu, selepas mengucapkan selamat tinggal kepada keluarga dan rakannya, lapor People’s Daily Online.
Bagaimanapun, dia masih tidak mati apabila masa itu berlalu dan enggan keluar dari kubur itu sehingga diselamatkan oleh polis tempatan serta dihantar ke hospital.
Xiang melakukan persiapan yang teratur untuk kematiannya, termasuk meninggalkan sebahagian barangan miliknya kepada rakannya dan memberitahu mereka, dia akan mati pada hari berkenaan.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
Sumber: Harian Metro
Sumber Diberitahu tarikh mati, lelaki bina kubur sendiri dan masuk sendiri ke dalam kubur pada tarikh kematian