Pelakon dan penerbit drama Datuk Ziela Jalil sedia menerima tindakan saman penulis novel “7 Hari Mencintaiku.”
“Tiada apa yang saya hendak cakap. Biar dia saman. Kita tunggu sahaja dan lawan,” katanya kepada Kosmo!
Baca artikel sebelum: Penulis novel 7 Hari Mencintaimu fail saman fitnah tuntut RM10 juta terhadap Datuk Ziela Jalil
Semalam Siti Rosmizah Semail memfailkan saman fitnah atas dakwaan Ziela memfitnahnya di Instagram antara 9 Februari dan 10 April.
Penulis turut mendakwa artis itu, penerbit drama sensasi “7 Hari Mencintaiku,” memberi kenyataan fitnah dalam Mingguan Malaysia pada 16 April lalu.
Kenyataan Ziela, atau Norzila Abdul Jalil, didakwa menyebabkan reputasi, imej dan maruahnya terjejas teruk di mata masyarakat.
Siti Rosmizah, penerbit bersama drama tersebut, menuntut RM10 juta dan injunksi terhadap Ziela agar mengeluarkan kenyataan itu dalam Instagram.
Writ saman dan tuntutan difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.
Sumber: Projek MMO
Sumber Disaman penulis novel 7 Hari Mencintaiku, Ziela Jalil bersedia untuk lawan