Pelakon Esma Daniel Akui Telah Bercerai, Dedah Punca Penceraian

Pelakon Esma Daniel Akui Telah Bercerai, Dedah Punca Penceraian



Pelakon Esma Daniel membuat pengakuan mengejutkan tentang status perkahwinannya.

Esma akhirnya akui telah bercerai dengan isterinya, Nitra Sari Omar sejak November tahun lalu.

Pelakon berumur 48 tahun ini perlu mengambil masa agak lama untuk membuat pengakuan berikutan perlu mengumpul semula semangat dan kekuatan.

Baginya waktu ini adalah masa yang sesuai untuk dia mendedahkan statusnya kerana jika terus mendiamkan diri, dia bimbang ia boleh mendatangkan masalah di kemudian hari.


Ini komennya:

"Ini adalah kali kedua saya gagal dalam perkahwinan dan pastinya ia satu perkara sukar untuk saya terima. Namun, saya perlu akur apabila kami sudah tiada jodoh untuk bersama.

"Bekas isteri kini menetap di Johor Bahru bersama enam anak kami. Saya tak nafikan, jarak yang jauh dan sibuk dengan pekerjaan antara punca perpisahan ini," 


"Jika diikutkan saya tidak mahu bercakap mengenai perkara ini, tetapi saya perlu akur bahawa saya adalah golongan artis yang juga milik masyarakat. 


"Jika saya terus berdiam diri, lama kelamaan mereka akan bertanya juga dan saya pula bukanlah seseorang yang suka berkongsi semua perkara di laman sosial"

"Demi anak-anak, kami harus berbaik dan saya perlu terus bekerja untuk membesarkan mereka,"

Esma dan Nitra Sari berkahwin pada 2002 dan dikurniakan enam anak yang kini berusia setahun hingga 10 tahun.

Ia adalah perkahwinan keduanya selepas bercerai dengan pelakon, Sherie Merlis.

Hasil perkongsian hidup dengan Sherie, mereka dikurniakan dua anak.

Sumber Pelakon Esma Daniel Akui Telah Bercerai, Dedah Punca Penceraian

Post a Comment

Previous Post Next Post