Dr Asri kecam ‘penyembah lembu’ mahu ‘pendakwah’ dihukum

Mufti Perlis mengecam hasrat pihak “yang mempertuhankan lembu” agar “penceramah kita” diserah kepada “kerajaan zalim”.

Meluahkan rasa geramnya, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin menulis puisi berhubung isu pendakwah dan penyembah lembu. — Foto oleh Choo Choy May

Namun Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin tidak menyebut pihak yang dimaksudkan dalam puisinya yang disiarkan di Facebooknya hari ini.

Beliau juga menyifatkan penganut agama kasta itu di negara ini tidak bersyukur, sebaliknya “berpakat membuat angkara.”

“Apabila yang mempertuhankan lembu bersatu, lantas menyeru agar pendakwah kita dibelenggu, mahu diserahkan kepada kerajaan zalim menyembah api dan penganut sati,” coretnya.

Selepas mengecam penganut agama itu, Mohd Asri mengingatkan agar penduduk negara ini tidak berdiam sahaja kerana “toleransi dan kesabaran ada hadnya”.

Sumber: Projek MMO



Sumber Dr Asri kecam ‘penyembah lembu’ mahu ‘pendakwah’ dihukum

Post a Comment

Previous Post Next Post