Percayalah, dalam hubungan rumah tangga bukan mudah untuk seseorang itu melenyapkan rasa sayang dan cinta terhadap pasangan mereka apabila hubungan itu telah bertahan lamanya.
Itu yang terjadi terhadap pelakon lelaki, Adi Putra dan bekas isteri pertamanya iaitu Aida Yusof yang saling balas-membalas gambar menerusi akaun Instagram masing-masing hari ini (Jumaat).
Apa yang difahamkan, hari ini merupakan ulang tahun perkahwinan mereka yang ke 11 tahun tetapi apakan daya hubungan mereka sebagai suami isteri telah pun terhenti pada bulan Mac yang lalu.
Walau bagaimanapun, rata-rata netizen yang melihat gambar dan video itu meluahkan rasa simpati dengan apa yang ditimpa oleh mereka dan mendoakan agar ada sinar baru untuk mereka menyatukan kembali rumah tangga mereka.
Sumber: Suria.my
Sumber Gambar yang dimuatnaik Adi Putra sempena ulang tahun perkahwinannya bersama isteri pertama tarik perhatian netizen