Harga runcit bagi RON95 dan RON97 masing-masing naik 8 sen dan 9 sen seliter manakala diesel naik 8 sen seliter berkuat kuasa tengah malam ini.
Menurut laman Facebook rasmi Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), RON95 naik lapan sen menjadikan harga bermula Khamis ialah RM2.24 seliter berbanding RM2.16 seliter manakala harga RON97 ialah RM2.52 berbanding RM2.43 sebelum ini.
Harga baru diesel pula naik 8 sen menjadikan harga jualannya RM2.16 seliter berbanding RM2.08.
Harga baru bahan api itu berkuat kuasa dari 13 April 2017 hingga 19 April 2017 selepas kaedah mingguan setiap Rabu dikuatkuasakan kerajaan berbanding secara bulanan sebelum ini.
Sumber: Harian Metro
Sumber Harga minyak RON95 naik 8 sen seliter, RON97 9 sen seliter manakala diesel naik 8sen seliter
Tags:
tbKOR