KASIH SEORANG AYAH [KISAH BENAR]
Masa muda-muda dulu, Pak Lah ( nama sebenar Abdullah bin Taib) kerja kuat untuk besarkan anak-anak. Macam-macam kerja Pak Lah buat termasuklah menjadi buruh, nelayan, bela lembu kambing, ambik upah tebas ladang orang dan macam2 lagi. Beliau Pernah kena langgar lari sampai patah paha. Pernah jatuh dari pokok sampai patah pinggang. Mungkin sebab itulah muka Pak Lah lagi tua dari usia sebenar dia. Umur dia sekarang 70+ keatas tp dah macam berumur 90 tahun.
Alkisahnya anak Pak Lah ini ada lima orang. Sekarang semuanya sudah besar. Tapi masing2 belum kawin lagi. Yang sulung lelaki berusia mencecah 30 an, tp mengalami masalah mental sedikit selepas kemalangan. Dia sudah tidak peduli dgn ayah dia. Setiap kali ditanya soal ayah dia akan melengking lengking.. “aku tiada ayah.. ayah aku dah mati..!!”
Pak Lah ni dah bercerai dengan isteri. Tapi bila cerai, tak adalah dia lepas tangan. Rumah dibahagi dua. Sebelah rumah isteri, sebelah rumah Pak Lah. Anak-anak duduk sebelah mak dia. (Masing2 takut benar dengan emaknya)
Satu hari ayah Lin pergi melawat dia. Allahu… Keadaan dia sangat dhaif. Sebelah rumah bahagian Pak Lah duduk ni takde elektrik pun. Pak Lah ada masalah pendengaran dan juga penglihatan. Masa ayah Lin datang tu dah pukul 2.00 petang, Pak Lah masih belum makan. Wayar gas miliknya bocor. Bila kepala gas disambung, membuak buak bau gas. Jadi Pak Lah ambik keptusan untuk masak dengan kayu api..terkial kial dia sebab mata xberapa nampak. alamatnya..jam 2 petang perutnya masih belum terisi. Sebagai kawan sewaktu muda dahulu, Luruh air mata ayah yg tengok keadaan Pak Lah.
Bila tengok ayah Lin selalu melawat ni, anak-anak ambik kesempatan untuk menghantar Pak Lah ke rumah ayah Lin. Anak kedua Pak Lah yang hantar. Perempuan. Mungkin ada belas kasihan untuk ayahnya. katanya nak tumpangkan skejap je sementara cari rumah sewa untuk ayahnya. (Sebb mak dia hari2 dok halau Pak Lah) Ayah setuju untuk sementara sebab ayah pun sudah tidak larat (berusia 80 an) Silapnya sebab anaknya berjanji. Dia berjnji akan bagi duit sebagai belanja dan dia juga berjanji tiap-tiap hari jumaat dia dan adik2 akan datang melawat ayahnya.
Masa berlalu, tak seorang pun datang jenguk. Bila hampir sebulan tiada yg menjenguk, Pak Lah mula menghitung hari. Setiap hari..soalan sama akan keluar darimana mulutnya..”hari ni hari apa? Bila jumaat? anak2 Saya nak dtg..”
Yang jaga makan minum dia kakak Lin. Masa sihat okaylah. Cumanya sekarang ni kesihatan Pak Lah agak terjejas. Dia menghidap asma dan beberapa masalah kesihatan lain yang tak dapat dikenal pasti. Dia perlu makan ubat saban hari. Appointment hospital pun asyik ponteng pasal banyak masalah. Kakak juga banyak tanggungjawab. Dia ada tiga ank kecil yg perlu dijaga (dia ibu tunggal)
Masa Pak Lah sihat, beban kakak agak ringan. Tapi bila sakit, susah kakak nak jaga. Mana nak jaga ayah sendiri lagi, nak jaga ayah orang lagi.
Pernah Pak Lah sakit, kakak terpaksa usung Pak Lah atas motor untuk dibawa ke hospital. Semua dibuat atas dasar kesian. kakak pernah berjumpa ank anak Pak Lah, bertanya bila diorang akan ambik balik ayah diorang. Tp ada yang lari bila tengok muka kakak. Ada yg jawab. Nanti2 kami tengok, kami nak bincang dulu. Ada lagi teruk, suara2 yang suruh kakak buang je Pak Lah dalam hutan.
Namun, kasihnya seorang ayah yg ingat akan janji anaknya, setiap hari jumaat dia mesti tertunggu-tunggu. Seperti tidak tahu yang ank2 sudah membuangnya dalam hidup. Ingatkan adalah secebis ihsan dari anak untuk menjenguk. Tapi setiap kalinya dia hampa. Raya lagilah. Menangis-nangis Pak Lah rindukan anak-anak. Bila tetamu dtg, semua macam terkejut dan bertanya “Ni siapa?”
dan Pak Lah akan lari ke belakang rumah. Tidak akan menjawab soalan berkaitan dirinya. Tiada siapa yg tahu jawapan didalam hatinya.
Kesian sangat. Dekat dia kesian. Dekat kakak pun kesian.
Jadi kami ada pergi ke JKM. Tapi gagal sebab dia kata syarat yg dkehendaki tidak lengkap. Lepas tu suruh tunggu call dari Putrajaya. Hm. Mereput jugak sampai sekarang. Takde pulak call tu. Kakak buntu. Sudah tidak tahu cara macamna untuk tolong Pak Lah. Lin ambik keputusan untuk campur tangan.
Lin ada pm page JKM di fb. Takde respon. Seen saja.
Lalu, lin ambik keputusan untuk menulis..memohon netizen memberi cara dan langkah dalam mendapatkan bantuan untuk Pak Lah.
Jadi Lin tak mintak korang hulur duit ke apa. Lin cuma nak tahu cara macamna lagi untuk bantu Pak Lah. Lin jugak minta korang2 share post ni banyak-banyak kasi viral supaya sampai kepada pihak berwajib.
Lin minta maaf. Takde niat pun nak burukkan sesiapa. Cuma dah tak ada pilihan lain. Tolonglah ya.
Untuk sebarang bantuan dan pertolongan lanjut, boleh hubungi lin terus 01116025144
Atau fb Hazlin Fazlinda
Terima kasih kerana sudi membaca. Mohon share
Sumber:
Raja Nuraishah Raja Abdullah
Sumber “Hari ni hari apa? Bila jumaat? Anak2 Saya nak dtg..” – Kisah pilu seorang ayah yang dibuang 5 anaknya