‘Hey Trump, Saya Berada di Negara Muslim & Orang di Sini Lebih Mesra Berbanding Orang di AS’: Mat Salleh Ini Datang ke Malaysia Dan Muat Naik Tweet Bidas Trump

Betul ke orang Malaysia ni ramah-ramah orangnya? Mengikut seorang mat salleh yang bercuti di Malaysia baru-baru ini, orang Malaysia lebih mesra dan ramah jika dibandingkan dengan orang-orang di Amerika Syarikat.
'Hey Trump, Saya Berada di Negara Muslim & Orang di Sini Lebih Mesra Berbanding Orang di AS': Mat Salleh Ini Datang ke Malaysia Dan Muat Naik Tweet Bidas Trump

‘Hey Trump, Saya Berada di Negara Muslim & Orang di Sini Lebih Mesra Berbanding Orang di AS’: Mat Salleh Ini Datang ke Malaysia Dan Muat Naik Tweet Bidas Trump

Penulis blog travel HoliDaze.com, Derek Freal, dalam masa yang sama mengambil kesempatan membidas Trump dengan berkata di Twitter:

“Hey Trump, saya sekarang di negara orang Muslim sekarang dan cuba teka? Orang di sini lebih mesra berbanding dengan (orang-orang) di Amerika Syarikat.” tulis beliau.

Bersama tweet itu, Derek memuat naik fotonya bersama beberapa rakyat Malaysia ketika berada di atas sebuah bot.

Tweet Derek itu dikongsi lebih 11,000 kali di Twitter selepas dimuat naik semalam.

Kini, blogger itu berada di Malaysia untuk bercuti dan sudah merasai keindahan Pulau Tioman dan air jus gelas besar! Mungkin dekat negaranya tak ada air sedemikian rupa.

Tambah Derek lagi, dia sangat menyukai Malaysia.

“Apa?!?!!! Hihihi iyaaaa, saya suka jln2 d Malaysia 😊🇲🇾 #visitMalaysia” kata Derek yang dipercayai menggunakan Google Translate.

 


Sumber ‘Hey Trump, Saya Berada di Negara Muslim & Orang di Sini Lebih Mesra Berbanding Orang di AS’: Mat Salleh Ini Datang ke Malaysia Dan Muat Naik Tweet Bidas Trump

Post a Comment

Previous Post Next Post