“Kepada Najip Ali, semua orang pernah buat silap, kepada tukang bakar, sila bakar diri anda,” – Pesanan Pak Nil

Walaupun sudah meminta maaf, nampaknya kes Najip Ali dan Mediacorp yang didakwa mempersenda Perdana Menteri, Datuk Seri Najib semakin panas apabila semalam satu laporan polis dibuat pula oleh pihak yang masih tidak berpuas hati.

Untuk menghormati perkara itu, pihak Astro telah mengambil tindakan menggantikan Najip Ali yang merupakan juri tetap Maharaja Lawak Mega 2017 dengan pengacara popular nombor satu negara, Datuk Aznil Haji Nawawi.

Datuk Aznil yang lebih mesra dengan panggilan Pak Nil berkata dia tidak mahu dilihat sebagai pengganti Najip Ali, sebaliknya beliau mahu dilihat sebagai penyambung tugas Najip Ali.

Pak Nil melalui laman Facebooknya dia telah menerima tawaran ini pada saat akhir ketika di London (Rabu) lalu dan baru pulang, berikut adalah tulisan Pak Nil di Instagramnya.

"Kepada Najip Ali, semua orang pernah buat silap, kepada tukang bakar, sila bakar diri anda," - Pesanan Pak Nil

“Kepada Najip Ali, semua orang pernah buat silap, kepada tukang bakar, sila bakar diri anda,” – Pesanan Pak Nil

Salam semua,

Malam ini bermula perjalanan #Paknil sebagai juri di Maharaja Lawak Mega. Tawaran diberi 2 hari lepas ketika Paknil berada di London atas urusan kerja. Paknil baru sahaja menjejakkan kaki di KLIA dan harus bergegas ke Shah Alam untuk siaran Langsung MLM.

Sebagai seorang yang profesional, Paknil menerima tawaran itu untuk memastikan MLM berjalan lancar. Paknil tahu tugas Paknil adalah untuk menggantikan Najip Ali, yang juga sahabat Paknil dari Singapura.

Tiada isu kualiti penjurian, sebab Paknil akan lakukan mengikut kayu ukur yang berbeza.
Paknil harap kita semua ‘move on’ dari isu pengguguran Najip. Sebagai sahabat, anggaplah Paknil menggantikan keceriaan Najip.

Lagi pun Paknil sendiri mempunyai peminat yang ramai di Singapura dan diharap kehadiran Paknil menjadi ubat luka warga di sana.

Anggaplah kehadiran Paknil sebagai penambat kasih sayang hubungan dua rumpun yang kini diuji.
Saya yakin peminat bijak untuk tidak membandingkan saya dengan Najip sebab kami mempunyai kualiti yang tersendiri dan berbeza.

Ayuh lupakan episod yang telah berlaku dan kita raikan permulaan baru pada apa yang berlaku.

Pesanan kepada Najip Ali dan si batu api dari pak Nil.

“To Najip Ali, stay cool as you have always 
been. Yang tukang bakar, sila bakar diri sendiri”

 

Sumber: SK


Sumber “Kepada Najip Ali, semua orang pernah buat silap, kepada tukang bakar, sila bakar diri anda,” – Pesanan Pak Nil

Post a Comment

Previous Post Next Post