Siapa sangka gelak tawa yang sering didengari kini sunyi sepi tanpa bunyi tetapi yang tinggal hanyalah kenangan manis yang kita akan terus semat dihati sehingga ajal menjemput.
Pada 24 Mac yang lalu, negara dikejutkan dengan berita kematian komposer terkenal iaitu Allahyarham Johan Nawawi yang diserang penyakit jantung dan disahkan meninggal dunia pada kira-kira jam 6.30 pagi.
Sudah pasti ia dugaan yang paling berat buat ahli keluarga Allahyarham terutamanya isteri dan anak-anak yang terpaksa meneruskan kehidupan tanpa ketua keluarga.
Baru-baru ini anak kepada Allahyarham iaitu Alif Johan telah meluahkan kisah tentang mimpi yang dialami olehnya menerusi Insta Stories di akaun Instagram miliknya.
Alif turut menceritakan kembali detik-detik beliau bertemu dengan arwah ayahnya ketika berada dalam alam mimpi tersebut.
Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikulnya apabila kita kehilangan orang yang tersayang terutamanya ayah ibu. Tidak akan ada pengganti yang dapat menggantikan tempat mereka dalam hati kita sebagai seorang anak.
Kami di SURIA sangat-sangat memahami apa yang dirasai oleh Alif ketika meluahkannya dan doa kami supaya Alif akan terus bangkit, bangkit dan bangkit demi ibu dan adik-beradik yang lain.
Al-Fatihah buat Allahyarham Johan Nawawi.
Sumber: Suria.my
Sumber “Kalau anak-anak tak tinggal solat, selalu doakan papa tak seksa” – Anak kongsi kisah mimpi bertemu ayahnya, Allahyarham Johan Nawawi