Kementerian Kesihatan beri amaran kepada orang ramai jangan beli lagi 3 produk ini

Kementerian Kesihatan (KKM) menggesa orang ramai tidak lagi membeli dan menggunakan produk kosmetik Tati Skincare Krim Malam dan Krim Rawatan serta Moleek Skincare Krim Anti Pigmen yang dikesan mengandungi racun berjadual.

Kementerian Kesihatan beri amaran kepada orang ramai jangan beli lagi 3 produk ini

Kementerian Kesihatan beri amaran kepada orang ramai jangan beli lagi 3 produk ini

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, notifikasi produk kosmetik terbabit sudah dibatalkan oleh Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi, KKM berikutan pengesanan bahan racun berjadual dalam produk berkenaan.

“Dua produk kosmetik ini mengandungi hydroquinone dan tretinoin serta merkuri yang tidak dibenarkan dalam produk kosmetik.

“Justeru, penjual dan pengedar produk kosmetik ini juga diberi amaran untuk menghentikan sebarang penjualan dan pengedaran produk terbabit dengan serta merta,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

 

Katanya, penjualan dan pengedaran produk kosmetik yang mengandungi jadual beracun ini melanggar Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984.

“Individu yang melakukan kesalahan mengikut peraturan ini boleh dikenakan denda tidak melebihi RM25,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan pertama.

“Denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan berikutnya.

“Malah, syarikat yang melakukan kesalahan boleh dikenakan denda sehingga RM50,000 untuk kesalahan pertama dan denda sehingga RM100,000 untuk kesalahan berikutnya,” katanya.

Sumber: Metro



Sumber Kementerian Kesihatan beri amaran kepada orang ramai jangan beli lagi 3 produk ini

Post a Comment

Previous Post Next Post