Tora Aman, penerbit komik Doraemon bakal muflis, orang ramai berpusu borong komik serendah RM2!

Selamat tinggal komik Doraemon dan Detective Conan!

 

8384

Minggu lalu, Tora Aman, sebuah syarikat yang mencetak dan menerbit komik manga Jepun dalam versi Bahasa Melayu telah mengumumkan penutupan kilang mereka pada akhir bulan depan.

Pengumuman ini telah dibuat melalui akaun Facebook mereka pada 6 April lalu. Syarikat ini telah mengambil keputusan untuk menghentikan aktiviti syarikat mereka atas sebab hasil jualan buku komik yang semakin menurun.

Ramai di antara penggemar komik lebih suka melanggan komik secara online. Dengan teknologi yang ada, tidak ramai pelanggan yang sanggup membeli komik lagi. Oleh itu, hasil jualan komik di pasaran juga tidak berjalan begitu lancar.

Oleh itu, mereka akan mengadakan satu jualan lelong komik terbitan mereka yang akan bermula dari 11 April dan berakhir pada 26 Mei 2017
Antara komik yang dijual ialah komik siri Doraemon dan juga siri Detective Conan. Harga yang dilelong sungguh murah bermula dari RM2 sahaja!

F892

723b

Syarikat percetakan komik manga ini mula beroperasi pada tahun 1993 dan ketika itu ramai antara mereka yang membesar dengan membaca komik-komik terbitan Jepun versi Bahasa Melayu.

Sebelum ini, syarikat percetakan komik, Comics House juga telah menghentikan bisnes dan pengeluaran komik mereka. Antara komik yang dikeluarkan oleh mereka ialah seperti Naruto, Slam Dunk, Dragon Ball serta Great Teacher Onizuka.

Lihat sajalah keadaan orang ramai yang penuh di kilang Tora Aman, minggu lalu.

Selepas sahaja diumumkan akan menamatkan operasi, syarikat tersebut telah menerima ramai pelawat secara tiba-tiba bagi mendapatkan koleksi kesukaan komik masing-masing.

Tora Aman, penerbit komik Doraemon bakal muflis, orang ramai berpusu borong komik serendah RM2!

Tora Aman, penerbit komik Doraemon bakal muflis, orang ramai berpusu borong komik serendah RM2!

B1c2

Buat peminat komik di luar sana, anda sudah boleh mula memborong komik untuk koleksi peribadi anda sebelum 26 Mei ini. Cepat!
Bagi yang ingin mendapatkan komik-komik ini, anda boleh pergi ke lokasi ini:

KLK Press Sdn Bhd, No 9 Jalan BK 1/18, Kinrara Industrial Park, Bandar Kinrara, 47100 Puchong, Selangor.

Jualan ini akan bermula seawal jam 9 pagi-5 petang pada hari bekerja dan pada hujung minggu hanya akan dibuka pada pukul 1-5 petang sahaja.

Sekiranya anda tinggal jauh dari kawasan Puchong, anda boleh mendapatkan komik tersebut secara pos dan pesanan boleh dibuat melalui nombor ini: 017-6735909.

Terima kasih Doraemon. We will miss you!

C66b

97c0

Sumber: Says



Sumber Tora Aman, penerbit komik Doraemon bakal muflis, orang ramai berpusu borong komik serendah RM2!

Post a Comment

Previous Post Next Post