“Kenapa bomba suka kacau orang ek? Pukul 3-4 pagi menyalak macam anjing lapar” – Kami tergores hati dihina begitu

Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Sembilan tidak bercadang membuat laporan polis terhadap status yang dimuatkan seorang lelaki dalam laman Facebook yang menghina kerjaya anggota jabatan terbabit.

"Kenapa bomba suka kacau orang ek? Pukul 3-4 pagi menyalak macam anjing lapar" - Kami tergores hati dihina begitu

“Kenapa bomba suka kacau orang ek? Pukul 3-4 pagi menyalak macam anjing lapar” – Kami tergores hati dihina begitu

Pengarahnya, Norazam Khamis berkata, kenyataan lelaki berkenaan langsung tidak menggambarkan pandangan orang ramai terhadap jabatan itu yang sememangnya berkhidmat untuk masyarakat.

“Memang kami tergores bila dihina sebegitu. Tapi bagi saya, lelaki itu kurang sihat. Lagipun semua orang tahu bagaimana kerjaya dan tugas bomba itu.

“Saya rasa tak perlulah kami nak buat laporan polis, lagipun kita pun tak pasti sama ada benar atau tidak pemilik akaun tersebut muat naik status itu.  Adakah benar dia berkhidmat sebagai tentera laut seperti didakwa,” katanya di sini, semalam.

Menurutnya, tidak sepatutnya mana-mana individu memperlekeh peranan jabatan atau agensi yang  telah ditetapkan tugas mereka.

Sementara itu, Sinar Harian mendapati status berkenaan menjadi tular sejak kelmarin. Bagaimanapun, akaun Facebook berkenaan gagal ditemui.

Sumber: Sinar

 



Sumber “Kenapa bomba suka kacau orang ek? Pukul 3-4 pagi menyalak macam anjing lapar” – Kami tergores hati dihina begitu

Post a Comment

Previous Post Next Post