Kisah duka seorang ‘badut’ di sebalik wajah ceria hiburkan orang

Di sebalik wajah ceria ditonjolkan menerusi watak badut di khalayak ramai, tersembunyi kisah hidup yang sedih dalam dirinya.

Bagi mengubati rasa duka itu, Muhammad Shukri Hakim Ramli, 27, memilih kerjaya berkenaan untuk menghiburkan orang ramai.

Anak sulung daripada lima beradik itu berkata, semuanya bermula apabila bapanya tidak dapat bekerja selepas menghidap pelbagai penyakit menyebabkan dia nekad mencari sumber pendapatan sampingan untuk membantu keluarganya.

Muhammad Shukri berkata, sebelum ini dia bekerja sebagai penghibur di sebuah taman tema di Selangor dan pendapatan itu dapat membantu bapa, Ramli Abdullah, 53, serta ibu, Robiah Zainal Abidin, 52, menyara keluarga yang tinggal bersama di Wangsa Maju, Kuala Lumpur.

“Ayah disahkan menghidap penyakit kencing manis, darah tinggi dan gout menyebabkan dia terpaksa berhenti kerja sebagai pemandu teksi kerana sukar bergerak. Saya dan ibu bekerja membantu keluarga.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

 

Sumber: Harian Metro



Sumber Kisah duka seorang ‘badut’ di sebalik wajah ceria hiburkan orang

Post a Comment

Previous Post Next Post