Penjara 16 tahun kerana rogol awek member umur 15 tahun 2 kali

Seorang pembantu kedai makan dihukum penjara 16 tahun dan enam sebatan selepas didapati bersalah dua kali merogol kekasih rakannya yang berusia 15 tahun.

Dua kali rogol kekasih kawan

Hakim, Adli Abd Ghalib menjatuhkan hukuman itu terhadap Rosfaizal Rosdi, 34, selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah di akhir kes pembelaan.

Rosfaizal didakwa kali pertama merogol mangsa berusia 15 tahun empat bulan di sebuah rumah di Jalan Pekan Lama, Gua Musang pada jam 10.50 malam, 18 Februari 2014.

Kejadian kedua, tertuduh didakwa merogol mangsa di lokasi sama pada jam 2.50 pagi, 19 Februari 2014.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya negeri, Mohd Waffy Ismail, manakala tertuduh diwakili peguam Siti Zainah Zainal.

Tertuduh dihantar ke Penjara Pengkalan Chepa, di sini, bagi menjalani hukuman itu.

Sumber: Sinar Harian


Sumber Penjara 16 tahun kerana rogol awek member umur 15 tahun 2 kali

Post a Comment

Previous Post Next Post