Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump memberi amaran bahawa ‘Korea Utara sedang mencari pasal’, dengan berkata dia akan selesaikan masalah itu biarpun tanpa bantuan China.
Trump menulis mesej itu di Twitter selepas mendedahkan dia sudah menekan rakan sejawat Chinanya, Xi Jinping untuk mendesak Pyongyang menghentikan program nuklear mereka.
Amaran dari Trump itu muncul selepas Rusia mengaku mereka ‘sangat risau’ jika AS akan menyerang Kim Jong-Un selepas Korea Utara memberi amaran bahawa pangkalan Amerika Syarikat berada dalam ‘jarak penglihatan nuklear’ mereka.
Pyongyang sebelum ini mengugut dengan ‘bencana’ selepas Donald Trump menghantar segerombolan kapal perang ke Semenanjung Korea.
Pada masa sama, China telah memindahkan 150,000 askar ke sempadan bagi menanangi kemungkinan kemasukan pelarian Korea Utara selepas timbul kerisauan Trump mungkin akan menyerang Kim Jong-un susulan serangan mengejut US terhadap Syria minggu lalu.
Sumber: NY Daily News
Via: SK
Sumber “Korea Utara ni cari pasal!” – Donald Trump tulis tweet amaran akan selesaikan masalah biarpun China tak mahu tolong