Apabila sesetengah orang mendapati pasangan mereka berada di atas katil bersama individu lain, reaksi pertama mereka adalah menjerit dan mengamuk. Tetapi tidak bagi lelaki ini yang mengambil peluang itu untuk merakam ‘gambar kenanganan’.
Duston Holloway pulang ke rumah dan mendapati teman wanitanya tidak sedarkan diri akibat mabuk, baring di sebelah seorang lelaki yang tidak dikenali.
Meskipun terkejut dengan penemuan yang tidak disangka-sangkakan itu, Duston tidak mengamuk, sebaliknya merakam gambar mereka. Malah Duston sempat berselfie di depan mereka sebelum memuat naik gambar itu di akaun Facebooknya.
“Apabila anda pulang ke rumah dan mendapati ada individu lain di katil bersama teman wanita anda! Lelaki yang baik, berhak mendapat wanita yang baik,” tulisnya di Facebook yang turut disertakan dengan emoji simbol ‘peace’.
Duston mengaku dia terasa ingin membelasah lelaki berkenaan tetapi dia berusaha menenangkan dirinya dan merakam gambar mereka sebelum keluar dari kediaman itu.
“Saya dengan tenang merakam gambar selfie dan keluar dari rumah itu ‘like a boss’ lol. Saya cuba kejutkan dia, tetapi dia terlalu mabuk,” tulisnya.
Gambar yang dimuat naik Duston, viral di media sosial dan ramai netizen dari seluruh dunia memujinya yang kelihatan masih tenang meskipun berada di situasi yang agar sukar.
“Saya terima ribuan mesej dari orang ramai di seluruh dunia yang mengucapkan tahniah kepada saya kerana menjadi seorang lelaki yang baik dan tenang menghadapinya.
“Saya sangkakan dunia saya sudah berakhirnya, tetapi sokongan dari netizen membuatkan rasa rasa tak adalah teruk sangat seperti mana yang kita sangkakan (bila cinta dikhianati),” tulisnya.
Sumber: The Reporter
Sumber Lelaki ini pulang ke rumah mendapati kekasihnya tidur bersama lelaki lain, sebelum rakam gambar selfie & viralkan
Tags:
tbKOR