“Nama saja stevia tapi isi kandungan tak ada stevia pun!” – KKM arah tarik balik produk stevia palsu

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mendapati sampel produk cecair pemanis semula jadi berjenama Pure Stevia, tidak mengandungi kandungan stevia, seperti didakwa pengeluarnya, VJS Cosmo Enterprise.

"Nama saja stevia tapi isi kandungan tak ada stevia pun!" - KKM arah tarik balik produk stevia palsu

“Nama saja stevia tapi isi kandungan tak ada stevia pun!” – KKM arah tarik balik produk stevia palsu

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata susulan penemuan oleh Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) itu, syarikat terbabit diarah memanggil balik produk berkenaan dari pasaran.

Beliau berkata, tindakan mahkamah juga akan diambil atas kesalahan yang dilakukan syarikat berkenaan mengikut Akta Makanan 1983.

“KKM akan terus menjalankan pemantauan terhadap produk stevia dan sekiranya didapati tidak mematuhi Akta Makanan 1983, tindakan penguatkuasaan akan diambil serta pengguna akan dimaklumkan.

“KKM sentiasa peka dan prihatin terhadap perkara yang boleh mengancam kesihatan pengguna,” katanya dalam satu kenyataan, petang tadi.

Dr Noor Hisham berkata, pengguna yang mempunyai sebarang kemusykilan mengenai sebarang isu keselamatan makanan, boleh menghubungi Pejabat Kesihatan Daerah atau Jabatan Kesihatan Negeri terdekat atau melayari sesawang www.moh.spab.gov.my atau facebook BKKM.

Pada 27 Mac lalu, laporan pembongkaran BH mendedahkan, ada jenama produk cecair stevia palsu dijual dalam pasaran tempatan dipercayai dihasilkan dalam negara dan dijual secara jualan langsung, pemasaran pelbagai peringkat (MLM) atau secara dalam talian.

BH melaporkan, sekumpulan penyelidik Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) dan Universiti Putra Malaysia (UPM) mengesahkan terdapat kombinasi bahan kimia berbahaya yang boleh memudaratkan kesihatan.

LAPORAN BH mengenai lambakan stevia palsu di pasaran.

Ujian makmal terhadap 10 sampel cecair stevia itu menemui Pyridazinone yang boleh menyebabkan keradangan kulit, mata dan alahan pernafasan, Piperazine jika diambil berlebihan boleh menyebabkan muntah, cirit-birit serta kemurungan dan cycloproparecarboxamide yang boleh mengakibatkan keradangan.

Lebih memeranjatkan, kandungan lima daripada sampel berkenaan juga didapati sama, walaupun dijual dengan jenama berbeza. Susulan pendedahan BH, KKM melancarkan siasatan dan pemantauan selepas mengambil keterangan daripada penyelidikan UTHM.

Sumber: Bharian



Sumber “Nama saja stevia tapi isi kandungan tak ada stevia pun!” – KKM arah tarik balik produk stevia palsu

Post a Comment

Previous Post Next Post